Pada tahun 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Penubuhan majlis ini bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim Ismail, Presiden MCA dan Presiden MIC.
Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, memastikan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970.
Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya Akta Hasutan, Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.
Sesungguhnya MAGERAN telah menyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahan hingga kini.
Comments