Alhamdulillah, kita sudah berada di dalam bulan puasa. Penantian ini sememangnya dinanti-nantikan dan di harapkan segala amalan mampu dilaksanakan dengan baik.
Kegembiraan ini dapat kita kongsi bersama di mana Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa 2011.
Ianya sangat dinantikan oleh mereka yang sentiasa berpuasa setiap tahun.
Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut.
- Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011
Lafaz niat puasa Ramadan:
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Doa Berbuka Puasa
Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Comments