SEREMBAN, 23 Nov. - Perhimpunan Agong UMNO
Malaysia tahun ini di jangka menarik kerana dinanti-nantikan oleh para
perwakilan di setiap bahagian seluruh Negara.
Ucapan dasar oleh Presiden UMNO di jangka
lebih menjurus kepada lanskap senario politik tanah air dan menyeru kepada
semua perwakilan agar kerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan di PRU-13
akan datang.
Perhimpunan yang akan di adakan pada 29 Nov
– 3 Dec ini perlu di jadikan landasan yang baik untuk memperbaiki hubungan
antara ahli.
Perbahasan yang di buat juga janganlah
terlalu syok sendiri dan perlu mempunyai cirri-ciri halatuju dan memperkuatkan
parti.
Melayu hari ini sudah terancam dan menjadi
sasaran serangan bangsa lain. Sekiranya tidak beringat, ianya akan menjadikan
Melayu terus lemah. Sekiranya bangsa Melayu kembali kuat, bangsa lain akan
kembali menghormati dan segan.
Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan,
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di dalam temu bual bersama
UMNO-online di Wisma Negeri, Seremban.
Menurut beliau lagi apabila di tanya
matlamat Pakatan Rakyat untuk merampas Negeri Sembilan pada pilihan raya umum
ke-13, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim boleh membuat matlamat untuk
merampas Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Namun di pihak mereka sendiri iaitu Nurul
Izzah Anwar tidak mempunyai keyakinan yang tinggi bagi PKR merampas Negeri
Sembilan seperti yang digembar gemburkan.
Matlamat boleh dibuat, untuk mencapainya
tentulah agak sukar kerana populariti yang di miliki oleh Presiden UMNO dan
pucuk kepimpinan adalah sangat baik dan tinggi.
Menyentuh mengenai 90% penjawat awam akan
diberhentikan sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kelak yang di
bangkitkan oleh Tony Pua, Ketua Penerangan DAP ini sudah tentunya mempunyai
agenda yang tidak baik.
Malah Tony Pua di lihat tidak sependapat
dengan Antony Loke, Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkaitan isu penjawat awam.
Menurut Antony Loke, itu adalah pendapat
pribadi Tony Pua dan DAP Negeri Sembilan tidak akan memberhentikan penjawat
awam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negeri Sembilan.
Tony Pua juga tidak menarik balik kenyataan
yang di buatnya. Ini bermakna ianya adalah prinsip parti DAP, bukan pandangan
individu.
Melayu harus sedar dengan keghairahan mahu
memimpin Negara oleh DAP. Bukan sahaja mahu membuang 90% penjawat awam yang terdiri dari bangsa Melayu, malah
mereka bercita-cita tinggi untuk menukar bendera yang merupakan panji Negara.
Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri
Sembilan lagi, mereka mahu mengubah perlembagaan.
Beliau juga menegur segelintir menteri yang
memegang portfolio penting kerajaan agar menjawab beberapa isu dengan
tepat agar tidak dipolitikkan oleh
pembangkang.
Comments