Sapo laie nak kono titek moh MB sei???


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, berkata Umno mengamalkan demokrasi dan terpulang kepada individu membuat pilihan jika merasakan mereka tidak lagi sehaluan dengan Umno.

“Kalau seorang keluar Umno, ribuan yang lain nak masuk. Siapa suka nak sokong boleh masuk, dan siapa yang rasa mereka tidak, boleh keluar. Ini tidak menjejaskan usaha kita untuk mengukuhkan parti dan mengekalkan kekuatan BN mentadbir Negeri Sembilan,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai tindakan Aspan, bekas anggota Umno Bahagian Kuala Pilah.

Beliau berkata Umno dan BN tidak akan terjejas dengan satu orang yang masuk DAP.

“Kita bergantung kepada pasukan iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain,” katanya.

Mohamad berkata apabila DAP membawa masuk orang Melayu ke dalam DAP, mereka  mahu mengabui mata orang ramai khasnya pengundi Melayu yang rata-rata melihat DAP sebagai parti yang sememangnya rasis.

“DAP suka memainkan isu bersifat rasis. Dia kata Umno, MCA, MIC rasis tetapi sebenarnya merekalah yang rasis. Sekarang dia nak ambil orang Melayu, India.

“Padahal tak ada tempat untuk orang Melayu di dalam DAP sebenarnya. Jadi orang Melayu 
yang termakan dengan lagu dan nyanyian kosong DAP sahaja yang akan menyanyi bersama parti itu, selain untuk memburu kepentingan sempit masing-masing,” katanya.

Mohamad berkata DAP memanipulasi sepenuhnya PKR dan Pas untuk kepentingan mereka.

“Yang tak sedar diri ialah Pas dan PKR,” katanya.

Comments

Anonymous said…
takleh pakai blog ekau nih.. tambah stresss..