“Mari kita sama-sama selamatkan akidah umat Islam yang
semakin terpesong dan jadilah sebagai penyelamat ummah,” kata bekas
Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
Menurutnya, pada zaman dunia tanpa sempadan ini, ramai anak Melayu Islam memilih keseronokan dari memilih pegangan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka.
“Ini jelas terbukti bila mana ketika saya masih memegang jawatan Exco Agama, banyak tempat sudah saya redah dengan memasuki hotel dan pusat hiburan yang dipenuhi anak Melayu berhibur tanpa segan silu.
“Mereka berpakaian seksi tanpa menghiraukan orang ramai. Ini harus ditegah dari sekarang. Peranan ibu bapa perlu terus diperkasa,” katanya pada sambutan Maulidur Rasul 1433H dengan membentangkan tajuk Kemurniaan Aqidah : Cabaran Semasa di Dewan Orang Ramai Datuk Bahaman.
Hasan berkata, kebanyakan masyarakat Melayu tidak menjaga solatnya dan mengingkari perintah ALLAH SWT.
“Tiang seri Islam ialah akidah, syariah dan akhlak. Kalau sekiranya ketiga-tiga ini tidak dijaga dengan baik, maka rosaklah masyarakat Islam.
“Saya mendapati sejak kebelakangan ini ada perkembangan tidak sihat mengenai gejala pengembangan agama selain Islam dalam kalangan orang Islam. Perkara ini perlu diperhalusi secara berhemah,” katanya.
Malah katanya, ada usaha halus pihak pengembang agama Kristian yang mahu mendekati orang Islam.
“Mereka menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik golongan miskin dan pesakit yang tiada harapan untuk sembuh. Mereka mendekatinya dengan memberi pelbagai bentuk ganjaran supaya merasakan pihaknya mudah menghulurkan bantuan.
“Perkara ini perlu dibendung supaya kes murtad tidak dipandang ringan. Walaupun dilihat pada satu atau dua kes sehaja, cukup satu kes sudah sepatutnya menyedarkan umat Islam bahawa akidah umat perlu diselamatkan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Nazir-nazir Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Pilah, Maradzi Ismail berkata, penganjuran seperti ini membuka peluang untuk masyarakat dekat sini mendengar hujahan daripada Datuk Dr Hasan Ali berkaitan akidah umat Islam.
“Seperti yang kita lihat, umat Islam semakin leka sehingga alpa mengenai perutusan Nabi Muhammad SAW. Kerana itulah, kita perlu membuka mata dan minda untuk mengawal serta mengatasinya dari berleluasa.
“Penekanan kepada anak remaja perlu diutamakan kerana mereka bakal pemimpin pada masa akan datang. Unsur penyelewengan orang Islam juga semakin berleluasa dan seharusnya perkara ini diambil penting,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
Comments