Sei anak mudo yang baru sehari berumur 21 tahun, dengan segera telah mendaftar sebagai pemilih.. maso tu lobeh 15 tahun yang lalu.
Tetapi ada juga yang tidak berminat kerana mereka menganggap mendaftar sebagai pemilih ini hanya semata-mata untuk parti dan bukan untuk negara. Siapa juga yang menjadi kerajaan, mereka akan mempunyai perancangannya sendiri. Tak perlu masuk campur untuk mengundi. Setakat ini, Malaysia masih negara aman dan kami ok jerrrrrr..
Ok jerrrrrrrr...???
Sepanjang hidup.. sei sebagai anak, sudah melalui proses UMNO diharamkan, keluarga menyertai S46. Ketika artikel ini di tulis, pakcik sei bokeh calon PKR di DUN Labu, keluarga abang ipar yang kuat UMNO telah masuk PKR. Bayangkan mereka kaya hasil kerja kuat di dalam UMNO, kemudian keluar dari UMNO. Akak sei boleh tarbiah abah sei yang dah lamo UMNO nih supaya sodar.. Sodar dari apor tu??
Abang ipar yang seorang lagi tu ahli PAS di Kelantan. Akak sei ngikut dio lah.. undi PAS. Bekas penerima biasiswa MARA belajar kek oversea. Bestkan??? Biasiswa bermakna tidak perlu bayar.. Macam PTPTN tu perlu bayar.. tapi kalu leh score 3.5 above dikecualikan bayar.. tu masih ada berfahaman sempit.. bila PTPTN wujud.. terlupa plak masih ada biasiswa yang di taja kerajaan. Hal macam ni pun nak sempit-sempit ker???
Sepupu sei, Ketuo AMK Cabang di salah satu Cabang di Negeri Sembilan. Asal hari ghayo sajo tak soba-soba nak berbughak ngan sei.. Nipih yoh telingo.. tapi maleh nak gaduh-gaduh.. sonyum sajolah..
Haghi ni, sei tengok kenkawan abah sei bakal menjadi calon DAP lah pulokkkkkkkk.. Gempaksss lahhhhhhhh.. Kali terakhir jumpo uncle nih dah lamo dah.. sei dah bosa mungkin dio tak konal.. Abah sei kecewa dengan corak perjuangan dio nih.. Abah sei posan.. setapak melangkah ke dopan jangan duo tapak ko mengundur.. Thank You Daddy.. Love You lah.. hehe..
Crito pasal kenkawan lak.. kenkawan sei memang ghamai jugak lum mendaftar lagi.. Diorang memikirkan, hanya orang politik sahaja yang perlu mendaftar kerana hendak memenangkan parti masing-masing. Entah lah.. Fahaman jenis apa tuh???
Ada salah ker pandangan dan fahaman mereka???
Pandangan itu tidak salah dan mereka itu sangat tidak berminat dengan agenda politik. Tetapi mereka sukakan kemajuan dan kemakmuran di dalam negara.
Bila di tanya adakah anda bertuah menjadi rakyat Malaysia?? Jawapannya ia, saya bertuah. Tetapi apabila di tanya adakah anda sudah mendaftar sebagai pemilih?? Jawapannya ialah seperti yang saya katakan di perenggan dua. Mereka tidak berminat, jawapan klise yang perlu di fikirkan jawapannya.. Sekiranya perlu bawalah perkara ini di Dewan Rakyat bagi kita memikirkan 'solution' kepada penyelesaian.. Hmmmm.. sudah tentu perkara ini sering difikirkan di peringkat Nasional. Mungkin ada cara lain lagi.. Segalanya mungkin.. Atau mungkin mereka berasa selesa.. atau Insya Allah, mereka masih aman untuk sehari lagi.
Petikan di bawah Tinta Jambu ambil dari portal akhbar Berita Harian Online (30 Mac 2012). Selamat membaca kawan-kawan,
Sekurang-kurangnya separuh daripada bilangan golongan
muda yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih tidak berminat berbuat
demikian, menurut kaji selidik firma tinjauan pendapat, Merdeka Centre
dan Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI).
Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata kajian yang dijalankan tahun lalu itu mendapati mereka yang berumur antara 21 dan 30 tahun tidak berminat kerana mereka merasakan ia tidak penting atau memerlukan tindakan segera.

Ia membabitkan 2,400 responden berusia 21 tahun ke atas yang dipilih
secara rawak daripada 240 daerah mengundi di 60 kawasan Parlimen seluruh
negara.
"Responden juga menegaskan bahawa mendaftar sebagai pemilih, atau
mengundi, tidak membawa apa-apa perubahan," katanya kepada pemberita
pada majlis pelancaran Laporan Audit Daftar Pemilih Kebangsaan 2011, di
sini.
Ibrahim berkata, walaupun satu juta pemilih baru mendaftar dalam tempoh lebih setahun, bilangan golongan muda yang tidak menyedari hak mereka untuk mengundi, adalah masih tinggi.
"Kajian itu menunjukkan bilangan mereka yang tidak berdaftar adalah tinggi di kalangan Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak, dan golongan yang berusia antara 21 dan 30 tahun yang tinggal di kawasan bandar," katanya.
Dalam perkembangan lain, pemangku Pengerusi NIEI, K Shan, berkata NIEI sudah menyerahkan laporan cadangan penambahbaikan pilihan raya kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Berhubung Pilihan Raya pada Januari lalu. - BERNAMA

Comments