Seramai 1,102 daripada 1,227 perwakilan yang menghadiri EGM itu
menyokong resolusi penyenaraian tersebut, sekali gus menamatkan pelbagai
kontroversi sejak kerajaan mengumumkan cadangan penyenaraian syarikat
milik penuh Felda tersebut ke Bursa Malaysia.
EGM yang berlangsung kira-kira empat jam itu diadakan selepas mesyuarat
yang sepatutnya dijalankan 22 Februari lalu dibatalkan setelah Mahkamah
Tinggi Kuantan mengeluarkan perintah injunksi yang dipohon oleh lapan
peneroka.
Utusan Malaysia difahamkan, para perwakilan EGM itu telah diberi penerangan oleh Ahli Lembaga Pengarah KPF mengenai usul-usul yang dibentangkan termasuk pemindahan milik pegangan KPF dalam Felda Holdings Bhd. (FHB) serta 10 anak syarikatnya kepada Felda sebelum mereka memutuskan sama ada mengundi untuk menerima atau menolak.
FGVH dimiliki 100 peratus oleh Felda dengan 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.
KPF yang dianggotai kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula me miliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.

Seterusnya terus membaca di sini
Comments