Ladang
betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam di sini yang bakal
dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
bulan depan memiliki keistimewaan tersendiri apabila sebatang daripada pokok
berkenaan berwajah manusia.
Lebih menarik, wajah manusia pada pangkal batang pokok betik itu menunjukkan
emosi marah.
Ladang tersebut menjadi lokasi persinggahan Sultan Ibrahim sempena program Dry
Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan.
Keunikan rupa batang betik itu disedari oleh salah seorang urus setia program
tersebut yang enggan namanya didedahkan ketika mengunjungi ladang tersebut
kelmarin.
"Saya terus memanggil rakan-rakan urus setia yang lain untuk sama-sama
melihat rupa batang pokok betik yang pelik tetapi menarik ini," katanya
kepada Kosmo! semalam. - Kosmo
Apa perbezaan antara kedua-duanya?
Comments