Siapa Aminah di sebalik Nurul Izzah dan Afifah?? Bidan Shamsidar?? Umak aiiii.. Teruskan membaca segalanya di sini.
bukan gambar tipu
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau
Pinang, Aminah Abdullah mendesak agar Presiden PKR, Datin Seri Wan
Azizah dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin untuk tampil
menjelaskan segala spekulasi mengenai hubungan sebenar antara Ahli
Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul
Izzah Anwar dan anak perempuan Azmin Ali, Farah Afifah.
Aminah berkata, sidang media antara dua ibu itu perlu dilakukan
bersama agar dapat menjawab segala persoalan orang ramai mengenai status
Nurul Izzah dan Afifah dari segi hukum syarak Islam.
“Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak
Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.
“Ini bukannya satu dakwaan, tetapi satu pertanyaan yang perlu
diperjelaskan orang. Dalam PKR pun banyak yang tertanya-tanya, tapi
mereka tak berani bersuara takut dipecat,” katanya di sini hari ini.
Aminah yang dulu pernah berjuang dalam parti PKR pernah mendengar
cerita tentang status sebenar Afifah, namun enggan mempercayai dan
menganggap itu sebagai khabar angin.
“Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR,
mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami
hanya mendiamkan diri,” katanya.
Selain itu, Wan Azizah dan Shamsidar perlu menjernihkan keadaan yang
semakin tegang berikutan orang ramai sudah mempunyai tanggapan PKR
adalah parti seks bebas dan mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian,
gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Bagi Aminah, perjuangan politik dalam PKR hanyalah satu topeng sahaja
dan berlandaskan nafsu seks dikalangan pemimpin-pemimpin parti itu
sahaja.
Malah, PKR juga turut mempromosikan seksualiti merdeka kepada ramai pengikut-pengikut parti tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak
dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gesaan
Aminah.
Gesaan supaya kedua-dua ibu itu untuk tampil menjernihkan keadaan dan
memberi penjelasan mengenai isu status sebenar anak perempuan Azmin Ali
dan Shamsidar, Afifah timbul setelah Presiden Parti India Malaysia
(MUIP), Datuk S. Nallakaruppan tampil mendedahkan hubungan sulit antara
Pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar.
Nallakaruppan juga turut mendakwa mempunyai simpanan bukti-bukti yang kukuh mengenai hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar.
Bukti-bukti tersebut akan dibongkarkan oleh Nallakaruppan sewaktu perbicaraan yang akan berlangsung di mahkamah nanti.
Menganggap itu sebagai fitnah yang dilemparkan kepada dirinya untuk
menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin, Anwar telah bertindak
memfailkan notis saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan.
Namun, sehingga kini Anwar masih lagi senyap tanpa sebarang tindakan lanjut saman terhadap bekas sahabat baiknya itu.
Afifah dikatakan adalah anak perempuan Anwar hasil dari hubungan sulitnya dengan Shamsidar.
Tetapi, Azmin Ali dan Shamsidar sehingga kini hanya mendiamkan diri
dan tidak membuka mulut menceritakan perkara sebenar termasuklah tidak
membuat ujian DNA bagi mengesahkan status diri Afifah.
Ekoran dari tekanan dari pelbagai pihak, Wan Azizah dan Shamsidar
masih lagi tidak bersua muka bersama untuk menjelaskan kedudukan perkara
sebenar.
Sebelum ini, Wan Azizah dan Shamsidar dikatakan bersetuju untuk mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana.
Sidang media tersebut bertujuan untuk menjernihkan keadaan tegang
ekoran dari timbulnya fitnah mengenai hubungan sulit Anwar dan
Shamsidar.
Justeru itu, Wan Azizah dan Shamsidar menggunakan sidang media
tersebut untuk menegakkan kebenaran tentang fitnah yang dilemparkan
kepada suami masing-masing.
Namun, sidang media tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir
kerana dikatakan terdapatnya gangguan dari beberapa pihak termasuklah
dari UMNO.
Ummi Hafila Ali ketika mengulas tentang sidang media yang terbatal
itu berkata, adalah mustahil untuk Wan Azizah dan Shamsidar untuk duduk
semeja mengadakan sidang akhbar bersama memandangkan mereka saling
bermusuhan.
Ummi berkata, cerita mereka akan mengadakan sidang media tersebut hanyalah gimik semata-mata.
Jelaskan Hubungan Nurul Izzah Dengan Afifah
Comments