Anwar kalut sejak Karpal Singh kata Lim Guan Eng Perdana Menteri Malaysia..

Anwar: 'PM adalah Melayu Islam'

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

 “PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP itu yang mahu terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Mengulas serangan ketika beliau berceramah dan anaknya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin, Anwar mendakwa tindakan itu dilakukan ‘samseng’ Umno.

TINTA JAMBU : Kihkihkihkihkihkih.. Anwar Ibrahim dia kata PM adalah Melayu Islam tu sebab dia nak tunjukkan kat dunia bahawa dia lah Melayu Islam tu.. Sebenarnya dia takut dah, sekiranya Pakatan Haram Jadah Berkuasa.. dia tetap bukan Perdana Menteri.

Kihkihkihkih.. tahniah buat Karpal Singh yang dah buat Anwar Ibrahim bersilat tak tentu hala. Terduduk kau..

Dasarnya kami dah lama kata PM Malaysia ni memang orang Melayu dan beragama Islam. Siapalah yang dah buat perkara simple jadi susah ni.. lawaknya..

Tak payahlah nak berangankan Putrajaya tu yeop.. Kejap nak jual.. kejap nak lelong.. kejap nak rampas.. budaya apa kau nak buat Malaysia nih.

Malaysia is Malaysia dan bukan Mesir. Tunisia, Libya atau pun Pulau Pinang.
 
 

Comments