Saya tetap berpijak di bumi nyata: Nazmi
“SAYA tetap berpijak di bumi nyata dan sentiasa ingat pesan mak dan ayah!”
Itu pegangan Mohd Nazmi Faiz Mansor yang muncul pemain pertama mengikat kontrak dengan kelab Portugal - SC Biera Mar.
Menyedari gaya hidup kebanyakan pemain di Portugal yang agak bebas, Nazmi bertekad tidak akan cepat terpengaruh dan hanya akan memberi tumpuan kepada latihan serta permainan dalam merealisasikan impian melebarkan kerjaya di Eropah.
“Sasaran utama saya ialah bermain di Eropah dan Biera-Mar ini adalah permulaan baik untuk saya,” kata pemain 17 tahun itu. “Saya tidak akan membiarkan perkara lain mengganggu matlamat sebenar saya.
“Di Portugal, saya lihat ramai pemain yang berbakat tetapi mereka cepat lupa diri dan rasa diri mereka bagus sehingga menjadi punca kemerosotan prestasi. Ejen saya, Marco (Guimaraes) turut memberi peringatan kepada saya berkenaan perkara ini.”
“Saya akan kembali semula ke Portugal awal Julai ini selepas pusingan kelayakan Piala Asia. Saya tahu akan bermula dari bawah dan perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam skuad utama,” katanya yang berharap lebih ramai pemain muda mengikut jejaknya.
Sementara itu, Guimaraes berkata dia sedar dengan masalah dihadapi segelintir pemain muda di Portugal dan akan memastikan Nazmi tidak terjerumus dalam kelompok itu.
“Ada ramai pemain berpotensi sepatutnya mampu menjadi lebih besar daripada Cristiano (Ronaldo), tetapi kerana gaya hidup tidak terkawal menyebabkan prestasi mereka merudum,” katanya.
“Saya secara peribadi akan memantau prestasi Nazmi, tetapi saya yakin dia mempunyai impian cukup kuat untuk tidak menjadikan perkara remeh begitu sebagai penghalang.”
Sumber : Berita Harian
TINTA JAMBU : Sejak anak buah terpilih mewakili Malaysia di persada sukan antarabangsa ni, jiwa jadi lain. Kahkahkahkahkahkah.. Sudah tentu Tinta Jambu support our family members bila ada yang berpeluang berjasa kepada negara, dengan apa cara sekali pun.
Apa lah cerita pasukan Malaysia under 10 Cappy Cup kat Croatia nih. Hari ni, hari ketiga mereka bertendang di padang Croatia. Semoga segala-galanya baik-baik belaka. Tidak dapat di bayangkan, Asian players like Malaysia ni saiz badan dia tu kannnnn??
Kahkahkahkahkah.. kecik-kecik cili padi.. lincah bermain gagah berlari.. 'adik harimau' mencengkam lawan!!! terrer gelecek pertahanan lawan..
Go Cappy Cup Malaysian Team Go!!!!!!
Acha go Acha!!!
Cik D will support you lah!!!!!
Comments