Good Luck Aqasha Daniel!!!!! Hoben Jang Hoben!!

Tahniah Aqasha Daniel kerana terpilih ke Kejohanan Piala Cappy Cup di Osijek, Croatia pada 25hb Mei 2012. Perlawanan bola sepak dunia bawah 10 tahun. Kenapa pilih jersey no.8?? Tu no. jersey Cik D masa main hoki.. hehe.. Sepak pakai kaki.. jangan pakai koting tau.. Good Luck!!!

Di atas Tinta Jambu  post kat facebook Aqasha Daniel. Dia akan mewakili Malaysia di dalam perlawanan bola sepak dunia bawah 10 tahun. Jika Aqasha Daniel tak hebat dia tidak terpilih kan?? Kami sekeluarga tumpang gembira ke atas kejayaan Aqasha Daniel mewakili Malaysia di dalam acara sukan yang prestasinya semakin maju dan meningkat di dalam Malaysia.


Siapa Aqasha Daniel??


Aqasha Daniel nih pangkat anak buah kepada Tinta Jambu. Dia ni memang minat dengan bola sepak dan boleh bercakap pasal bola seperti membaca buku cerita. Apa pun, kami sekeluarga berdoa agar Aqasha Daniel dapat mempersembahkan permainan menarik dan hebat membantu pasukan Malaysia under 10 bila bersaing dengan pasukan dunia. Harumkan nama Malaysia yer Aqasha Daniel.

Hehehe.. tadi call dia.. dia bagitahu yang dia memakai jersey bernombor 21 (tidak no. 8) dan bermain sebagai defender. Hmmmmm.. Dia bagitahu yang dia biasa bermain di posisi right wing. Tinta Jambu kata, its ok.. ini untuk permulaan perjuangan dia dalam bola sepak. Insya Allah, kejayaan akan menjadi milik dia dalam arena ini. Apa yang menarik pada Aqasha Daniel yang Tinta Jambu nampak, dia dah menunjukkan sikap bersahaja dan boleh menerima posisi mana dia letak tanpa merengek. Asalkan ianya bola sepak. You the best boy yoooo..

Haaaa.. ini kali pertama dia berpisah dengan ibu dan ayah. Upssss.. lupa pulak, Aqasha Daniel anak bongsu dari tujuh beradik. Bayangkanlah, kali pertama dia berpisah sementara dengan ibu dan ayah dia... tinggalkan pelajaran sementara meniti perjalanan dan berjuang di dalam arena bola sepak mewakili Malaysia. Mewakili Malaysia di usia 9 tahun beb. Tinta Jambu teruja dan terkasima kagum.

Nak kata bangga, Tinta Jambu ketepikan perasaan itu kerana untuk apa Tinta Jambu berbangga sekiranya ia akan membuatkan kita memberi tafsiran yang salah??? Apa yang berada di dalam diri Tinta Jambu, Tinta Jambu harap dia membantu pasukan menunjukkan mutu permainan yang cemerlang dan terbaik sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Kalau boleh, menang lah... menang lahhh.. Bila fikir-fikir semula.. dah berada dalam squad kebangsaan dah cukup teruja.... kannnnnnnnnnnnn???? 

Dari sudut lain, Tinta Jambu tidak berasa risau melihat nasib generasi kanak-kanak seperti dia. Ini kerana bagi Tinta Jambu, Alhamdulillah, Aqasha Daniel sudah ada kariernya sendiri. 


Ketika Tinta Jambu menulis, kontinjen pasukan bola sepak Malaysia under 10 ke  Kejohanan Piala Cappy Cup di Osijek, Croatia pada 25hb Mei 2012 sedang menuju ke KLIA dari pusat latihan bola sepak Bukit Jalil. Wahhhhhhhhh.. berdobar dobar den..

Kontinjen ini akan berlepas ke Croatia pada pukul 3.30 pagi ini (waktu tempatan). 

Mari tetamu blog tintajambu.blogspot.com, Tinta Jambu mohon, kita sebagai rakyat Malaysia berdoa dan bermohon agar pasukan ini mampu memberikan persaingan yang hebat dan menempa kejayaan di dalam kejohanan tersebut.

Good Luck Aqasha Daniel dan pasukan bola sepak Piala Cappy Cup 2012.

We proud of you
Hoben Jang Hoben





Gua celok gambar lu dalam facebook beb.. Hihi..

Insya Allah, kami berdoa, selamat pergi, selamat bermain, selamat berjaya dan selamat pulang dengan selamat. 

Turut berdoa agar dia mencipta Aqasha Daniel di dalam arena bola sepak.  Satu hari nanti, Aqasha Daniel tiada dua dan tiga.. hanya dia Aqasha Daniel dalam arena bola sepak tanahair. 


Amin Amin Amin Ya Rabbil Alamin

Comments

hoben jang hoben! mantap bro. blog tuan dipautkan dalam blog saya. pohon tuan pautkan blog www.myhomesoil.blogspot.com> samo samo lah anak nogori!