8 Comments
AIDCNews – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuan berhubung saman 100 juta Anwar ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang bersidang dengan tiga kuorum hakim, memutuskan hari ini bahawa penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris adalah sah dan memutuskan hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.
Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar.
Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos kepada Dr Mahathir sebanyak RM70,000.
Keputusan itu dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar kerana tidak menyediakan memorandum rayuan yang sempurna.
Antara kecacatan tersebut adalah memorandum rayuan Anwar itu tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma’ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad pada 20 Oktober 2009 sebulat suara membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Hakim Dato’ Tengku Maimun Tuan Mat, hakim Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007. di sini
Pada 26 Januari 2006 lalu, Anwar memfailkan saman terhadap Dr Mahathir kerana tidak berpuas hati apabila bekas Perdana Menteri itu menuduh Anwar sebagai seorang Gay semasa sesi soal jawab bersama wartawan selepas program “Human Rights and Globalisation” anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005.
Dr Mahathir berkata Anwar Ibrahim adalah seorang homoseks yang tidak layak menjadi Perdana Menteri.
“Saya tidak boleh menerima orang seperti itu (gay) dalam kabinet saya dan akan menjadi Perdana Menteri.Bayangkan mempunyai Perdana Menteri seorang gay, semua manusia tidak akan selamat”
Peguam Dr Mahathir, VK Lingam & Co menghantar petisen balas pada 5 Januari 2007, menjustitifikasikan kebenaran kata-kata Dr Mahathir dengan menyertakan afidavit-afidavit yang menyokong hujah-hujahnya.
Hujah Dr Mahathir, Anwar memang seorang homoseksual berdasarkan;
Pertama : Pengakuan dan hukuman mahkamah yang telah dikenakan ke atas Munawar Ahmad Anes danSukma Darmawan Saasmitaat Madja yang telah merelakan diri mereka diliwat oleh Anwar. Keputusan ke atas kedua-dua kes ini telah menjadi rekod mahkamah dan kedua-dua telah dipenjarakan atas kes berkenaan.
1. Seorang rakyat Pakistan, Dr Munawar A. Anees hari ini dihukum penjara enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya.Munawar, yang mempunyai taraf pemastautin tetap di Malaysia dan Amerika Syarikat, mengaku bersalah terhadap tuduhan berikut:
”Bahawa kamu dalam bulan Mac 1993 pada sebelah malam di No. 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam jubur kamu dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.” Klik di sini
2. Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membuat pengakuan bersalah melakukan perbuatan meliwat dengan abang angkatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah menyedari kesilapan yang dia lakukan pada masa lepas.
‘Bahawa kamu, pada bulan April 1998 pada sebelah malam di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No. 47, Jalan Damansara di sini telah melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan zakarnya ke dalam dubur kamu.’Sukma Darmawan mengaku bersalah dan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur. Klik di sini dan di sini
Kedua : Anwar didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar yang diputuskan oleh Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan.Klik di sini
Ketiga : Walaupun Anwar berjaya dalam proses rayuannya di Mahkamah Persekutuan dan mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat serta dibebaskan pada 2 September 2004, namun ketiga-tiga hakim yang mendengar rayuan bersepakat menyetujui berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan Sukma.
Mahkamah Persekutuan menyebut seperti berikut ;
“… we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen.”
Sumber : AIDCNews
Comments