Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.
Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
“Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris,” katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.
Nik Abdul Aziz berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.
Namun katanya, jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang.
Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata, politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.
Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz enggan mengulas mengenai kesudian anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mahu bertanding dalam PRU13.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan akan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Nik Abduh, di masa yang sesuai.
Dalam kenyataan hujung minggu lalu, Nik Abduh berkata beliau menunggu restu daripada ayahnya sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon.
Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno.
Sumber : Sinar Harian
TINTA JAMBU : Terima kasih kepada TS Muhyiddin Yassin kerana menegur pemimpin di dalam kepimpinan Barisan Nasional yang masih lagi mengamalkan politik wang atau di panggil rasuah. Sebetulnya, itulah yang kita perangi sejak dahulu lagi. Barisan Nasional sememangnya memerangi rasuah sejak dahulu lagi. Sekiranya ini berlaku, bukanlah parti yang punya angkara.
Dan bila di tanya siapa pemula kepada gejala bapak pada rasuah ini, kenapa tidak bertanya kepada Anwar Ibrahim sendiri????? Itu lah dia bapak segala rasuah di Malaysia ini.
Mungkin ada yang terlupa, apabila Allahyarham Dato' Ghafar Baba yang kalah teruk di kerusi Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan beberapa tahun lalu dan Anwar Ibrahim lah bapak rasuah 'paling godang' masa tu yang bertanggungjawab merampas kerusi Timbalan Presiden yang dimenangi dengan cara yang paling kotor sekali. Uppppppsssss, Nik Aziz memang dah nyanyuk.. tapi ramai yang dah lupa peristiwa tersebut.
Barisan Nasional sentiasa dengan gerak kerja berusaha membersihkan nama baik parti dan memulihkan imej yang dicemari oleh pihak yang dengki khianat dengan UMNO dan BN.
Sudah tentulah mesej yang disampaikan oleh TS Muhyiddin Yassin itu di landasan tepat bagi memerangi gejala rasuah dan mengambil tindakan kepada pemimipin yang melakukan kesalahan tatatertib yang melibatkan wang.
Contohnya, Tan Seri Dato' Mohd Isa Abdul Samad, sudah diambil tindakan kerana mengamalkan rasuah.
Sekiranya pada UMNO dan Barisan Nasional berani memerangi rasuah, kenapa PAS, PKR dan DAP masih lagi berdiam diri dalam menangani isu tersebut?? Adakah ianya tidak berlaku di kalangan parti 'ekau'????
Berbeza dengan Pakatan Haram atau PAS PIS PUS yang hanya pandai mengeluarkan fatwa dan auta.. Daripada menudingkan jari kepada pihak lain, baiklah di tanya kepada empunya diri di dalam Pakatan Haram jadah sendiri .
Baiklah Nik Aziz mewujudkan satu badan anti rasuah yang membersihkan nama baik parti mereka sendiri.
Di dalam PKR ada King Kong rasuah ---------> Anwar Ibrahim dan Azmin Ali
Di dalam PAS ada juga King Rasuah ----------> kalau bukan Nik Aziz sendiri di dalam isu balak hutan rezab Kelantan.
Banyak lagi rasuah berlaku dalam Malaysia ini. Bukan di sebabkan atas nama parti.. Itu perbuatan peribadi yang perlu di hukum atas nama pribadi.
Nik Aziz usah cuba membuka pekung rasuah di dada. Hari ini menyalahkan satu pihak.. esok lusa.. takut terkena batang hidung sendiri pula.
Ini bermakna, bukan Barisan Nasional yang tenat.. tapi PAS, PKR dan DAP yang tenat.. boleh pula terlupa di kalangan mereka sendiri ramai yang mengamalkan rasuah.
Ini bermakna, bukan Barisan Nasional yang tenat.. tapi PAS, PKR dan DAP yang tenat.. boleh pula terlupa di kalangan mereka sendiri ramai yang mengamalkan rasuah.
Comments