Bengang gagal larikan wang (Kikikiki.. Dah tau susah.. nak jugak merompak.. Mengong)

 
Bengang gagal larikan wang
Keadaan mesin ATM yang diumpil dan dibakar.
 
Bengang gagal larikan wang
Anggota forensik bomba ketika melakukan siasatan di tempat kejadian.

PETALING JAYA - Sakit hati kerana gagal melarikan wang, sekumpulan penjenayah bertindak membakar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di PJS 8/12 Dataran Mentari, 4 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Tuah Masrom berkata, suspek sudah mengumpil kedua-dua pintu mesin ATM yang ada di situ namun gagal melarikan peti wang tunai di dalamnya.


Menurutnya, polis yang tiba awal ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari syarikat keselamatan bank terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya.


“Sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.10 pagi,” katanya.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek lebih daripada dua orang cuba membuka pintu kebal kedua-dua mesin ATM tersebut menggunakan gas oxy-acetylene.


“Tindakan itu bagaimanapun gagal menyebabkan suspek mengambil keputusan membakar sebuah mesin ATM itu," katanya.


Tuah berkata, pemeriksaan lanjut polis menemui pemetik api dan sebotol minyak tanah yang ditinggalkan selain menemui beberapa cap jari di premis terbabit.


"Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan bagi mengenal pasti suspek terlibat.


"Kes disiasat di bawah seksyen 457 kanun keseksaan khianat dengan api," katanya.

Comments