Nia la pemimpin yang kito nak milih.. ontahlah.. hilang akal ko??
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini
memerintahkan anggota Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau dikenali
sebagai Tian Chua membela diri atas pertuduhan tidak mematuhi perintah
polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja
Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.
Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan
berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chua, di akhir kes
pendakwaan.
Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan mulai 29 Nov bagi prosiding bela diri.
Chua, 49, didakwa melanggar perintah yang dikeluarkan Deputi Supritendan A.
Rajakopal untuk beredar dari kawasan Pulapol yang diisytiharkan
sebagai suatu kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan
larangan 1975.
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Nasional didakwa
melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi, 29
April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat
Larangan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama, yang
membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000
atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar
dan Amirah Mohamed Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Latheefa
Koya. - BERNAMA
Comments