Owona sertai skuad Penyu (Iyolah.. sei tak sobar nak tunggu juru latih dari Portugal lak ha.. Kito tunggu yolah..)
Owona (kanan) menerima kontrak setahun
daripada Marzuki sambil diperhatikan Timbalan Presiden PBSNT, Shaikh
Ahmad Tajuddin Shaikh Yusof, semalam.
Kuala Terengganu: Pencarian penyerang berbisa untuk pasukan
Terengganu sudah berakhir. Pemain tinggi lampai Negeri Sembilan,
Jean-Emmanuel Effa Owona, yang menjaringkan 24 gol dalam semua
pertandingan musim ini, sudah sah menjadi milik mereka.
Berasal dari Cameroon, berusia 28 tahun dan berketinggian 1.91m, Owona menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di pejabat urusan PBSNT di Wisma Seri Amar, di sini, semalam.
Berasal dari Cameroon, berusia 28 tahun dan berketinggian 1.91m, Owona menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di pejabat urusan PBSNT di Wisma Seri Amar, di sini, semalam.
Owona yang lebih dikenali sebagai Effa di kalangan peminatnya bakal
memulakan tugas barunya bersama pasukan Penyu pada 1 Disember ini,
mengambil tempat yang dikosongkan penyerang Liberia, Francis Doe, yang
tamat kontrak pada 30 November.
"Saya gembira mendapat peluang beraksi dengan Terengganu musim depan kerana saya tahu pasukan ini sedang berusaha untuk membentuk pasukan baru yang mampu untuk meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim depan.
"Saya memang mempunyai pengalaman manis di Negeri Sembilan selepas menjaringkan 24 gol, namun saya pasti nasib saya akan bertambah baik di Terengganu dan boleh menjaringkan lebih banyak gol di sini nanti," katanya.
Bekas pemain antarabangsa Cameroon dan FC METZ di Perancis itu, berkata dia kini dapat pulang bercuti di kampung halamannya di Ikbongo, Cameroon, dengan aman selepas urusan menandatangani kontraknya dengan pasukan Penyu selesai.
"Saya akan kembali semula pada minggu akhir bulan depan dan kali ini, saya juga akan membawa isteri dan anak untuk menetap di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kontrak saya nanti.
Kata Owona lagi, dia tidak perlu berfikir panjang untuk menerima
tawaran Terengganu kerana dia tahu Terengganu mempunyai ramai pemain
berkualiti tinggi, dan sejak bermain dalam Liga Malaysia dia sudah
mengenali beberapa pemain Terengganu dan tidak sabar untuk menjalinkan
hubungan lebih baik dengan mereka.
Sementara itu, pengurus pasukan, Marzuki Sulong, berkata seorang lagi pemain import akan dipilih awal bulan depan.
Tinta Jambu ado apo hal kalau si Effa ni nak pindah kek mana-mana negeri pun.. Hehe.. Joki dio..
Tinta Jambu menyokong pembikinan baru team Negeri Sembilan yang baru. Simpan pemain lamo-lamo kalau dah tak ado hati eh nak bermain ateh namo neghori.. simpan pun buek somak kepalo.. Maksud TJ.. buek somak kepalo penyokong yang salamo ni tak berkiro amek nak poie stadium nengok pasukan Negeri Sembilan bermain. Kito sokong neghori kito..
Tapi kalau main buek tangkai jantung terputuih.. baik sei main game bola yoh guno PSP atau gajet seumpama dengannya.. hehe..
Tak kisah lah Tok Mat, Presiden PBNS nak select pemain dari Suo Botung ko, dari Tengkek ko, Bongek ko.. apo yang ponteng.. kito akan samo-samo boghi sokongan kepado team bola sepak kebanggaan kito bangkit semula..
Erti kato lain, Tinta Jambu totap penyokong kuek bola sepak Negeri Sembilan. Tak ghughi tak ado Effa.. tak ado Shukur Adan.. Tak ado Farizal Marlias...
Peh ni.. sumo pemain diboghi kontrak setahun joh.. biar berganti pemain setiap tahun, sonang yoh hati.. hahahhahaha.. (bunyik kuciwa tahun ni tak monang Pialo Malaysia.. hihi.. Kita santai-santai jer beb.. :)
Comments