PKR ada bas, DAP ada treler, PAS nak lancar apa pulak lepas ini.... (Sonang peh nih.. Tak mintak permit ceramah pun tak por.. Hehe..)
Pembangkang
di Malaysia rasanya pembangkang paling bertuah di rantau Asean ini,
walaupun mereka sering tuduh kerajaan zalim dan sekat itu ini aktiviti
mereka, tak ada negara yang pembangkang bebas berkempen dan hentam
kerajaan setiap hari macam di negara kita ini.
Selain ceramah politik setiap malam di seluruh negara, pembangkang
Malaysia ada akhbar dan portal berita sendiri dan paling menarik adalah
boleh berkempen ikut suka depa bila-bila masa.
Jika sebelum ini, PKR lancar bas mewah berharga jutaan ringit untuk
digunakan dalam jelajah politik mereka, kini sekutunya DAP pula lancar
treler bagi tujuan yang sama.
Riuh sakan lepas ini, cuma tunggu apa pulak yang PAS nak lancarkan lepas PKR ada bas dan DAP ada treler.
Apa yang pelik, pembangkang yang konon perjuangkan rakyat, tidak
pulak lancar program-program rakyat segah macam mereka lancar kempen
politik mereka sendiri.
Sebab itu menurut seorang pemimpin NGO, Anuar Basiran, pembangkang di
Malaysia ini tidak membina, hanya tahu salahkan kerajaan BN tetapi
tidak ada program alternatif untuk rakyat.
"Kerjanya berkempen siang malam, salahkan kerajaan BN semua perkara,
tetapi mereka sendiri hanya menjual janji tanpa apa-apa faedah kepada
rakyat," ujarnya yang juga Presiden 4 Justice.
Menurutnya, walaupun pembangkang berkuasa di beberapa negeri, tetapi
tidak ada satu program yang diingati bagi kesejahteraan rakyat kecuali
menjual janji kononnya akan dilaksanakan jika mereka memegang kuasa di
Putrajaya.
"Jika di peringkat negeri pun tidak boleh laksana, macam mana hendak
buat jika perintah negara, sekarang pun kita lihat, mereka akan
bercakaran sesama sendiri, berebut jawatan dan berlumba untuk tonjol
siapa yang paling kuat di antara mereka," katanya ketika dihubungi
Agendadaily.
Treler merah DAP dilancarkan di Seremban oleh setiausaha agungnya Lim
Guan Eng semalam. Trak tersebut dipercayai akan digunakan sebagai jadi
pentas ceramah mudah alih, sama seperti bas PKR.
Comments