Noriah (kanan) bersama seorang kawannya dan cucunya, Zikri Razawi, 4 tahun, memegang kambing peliharaannya.
KUALA PILAH – Meskipun sudah menjangkau usia warga emas, namun itu
bukan penghalang kepada Noriah Othman, 62, untuk menguruskan projek
ternakan kambing di Kampung Geduhom, dekat sini.
Noriah berkata, pada awalnya dia hanya sekadar mencuba, namun saban hari dia mula berminat untuk menceburi bidang ternakan itu.
Menurutnya, dia mula memelihara 10 ekor kambing sejak 2008 dan kini ternakannya itu sudah menjangkau 120 ekor.
"Impian saya untuk maju dalam bidang ini terus menjadi kenyataan apabila mendapat pinjaman kewangan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM2,000,” katanya.
Noriah berkata, tanpa bantuan kewangan daripada AIM, mungkin dia belum berjaya sehingga ke tahap ini.
“Saya bersyukur kerana kampung ini menubuhkan AIM yang banyak membantu orang kampung seperti saya. Setakat ini, saya sudah meminjam sebanyak RM8,000.
“Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat mengembangkan perniagaan saya. Jika dulu, kami terpaksa memotong rumput secara manual untuk dijadikan makanan kambing, namun kini tidak lagi kerana saya sudah membeli mesin khas,” katanya yang sentiasa
dibantu menantu dan cucunya.
Katanya, buat masa ini, dia mengimpikan kawasan ladang yang luas selain jalan yang selesa.
"Laluan ke kandang kambing saya belum diturap dan saya berharap pihak berkenaan dapat menyediakan kemudahan ini," katanya.

Comments
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.