Piala AFF Suzuki: Malaysia 2, Indonesia 0

 
KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama dalam perlawanan kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.

Gol Malaysia kedua-duanya dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27 dan Mahali Jasuli minit ke-30.
 
Kemenangan ke atas Indonesia melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir menentang Thailand.
 
Saya gila bola. Kemenangan ke atas Indonesia, saya masih tidak berpuas hati kerana pasukan kita terkenal dengan sikap seadanya dan tidak pernah lagi berusaha memburu gol.
 
Safee Sali... Tidak lagi gah seperti sebelumnya. Nampak sangat malas bermain dan ala kadar.. 

Telahan saya mungkin tak betul.. mungkin juga tak tepat.. Sudah sampai masanya.. pemain-pemain ini disedarkan oleh para penyokong yang tidak pernah jemu menyokong. AFF 2010 mungkin detik permulaan sukan bola negara bangkit.. selepas itu semakin ramai pemain bola sepak muncul ibarat cendawan yang tumbuh.

Malangnya, di sebalik kesungguhan kita mahu menjadikan sukan ini satu sukan yang penuh prestij dan elit.. akhirnya, benarlah.. ia betul-betul elit di hati mereka..

Sehingga saya rasa.. hmmmmm.. sukan bola sepak kita baru nak maju.. kita disajikan pula dengan sikap seperti orang yang tak reti bersyukur dan tak reti dibuat baik oleh orang.

Negara bangga dengan beberapa pencapaian dari pemain muda yang sudah ke liga antarabangsa dan sebagainya.
 
Persolannya, sampai bila pemain kita nak bersikap sebegini rupa?? Adakah usaha yang ditangani pihak berwajib tidak cukup. 

Kemon.., ini hanya permainan bola sepak.. tak perlulah kita berasa malas apabila pencapaian kita sebelum mendapat anugerah lebih baik selepas kita mendapat anugerah..

Yup.. saya dengan pendirian dan keputusan saya.. mari kita sama-sama mencari jalan bagaimana hendak memajukan pasukan bola sepak kita dengan sentiasa menunjukkan corak permainan yang cemerlang.

Bagaimana kita hendak mengekalkan corak permainan dan ketajaman corak permainan kita selepas kita mendapat sokongan sepenuhnya oleh para penyokong, kemudiannya kita mendapat pujian dan penghargaan dari banyak pihak.. kemudiannya, bagaimana kita hendak mengekalkan rentak dan sikap tersebut.

Dalam masa yang sama bagaimana kita hendak membentuk kepribadian dan jati diri kita berhadapan dengan karenah-karenah pelbagai sektor.

Persoalan kita hari ini ialah kita seorang pemain bola sepak yang hebat. Bermain dalam satu pasukan yang hebat. Bermain di hadapan penyokong yang hebat.. menerima pengiktirafan yang amat baik di kalangan para penyokong yang hebat.

Tetapi dukacitanya, selepas kita menerima segala yang hebat.. kita akhirnya tidak hebat dan kecundang disebalik kehebatan.

Ayuh.. para pemain.. ubahlah segala corak peribadi dan tingkahlaku yang orang naik jelak nak tengok, naik jelak nak dengar dan naik jelak dengan segala yang sepatutnya tidak berlaku..

Sentiasa memperbaiki dan meningkatkan corak permainan akan menjadikan saya seorang penyokong yang tidak berbelah bagi menyokong pasukan bola sepak negara.

Saya tidak kisah seberapa ramai pemain yang silih berganti.. yang penting pasukan negara..

Saya tidak lagi melihat Safee Sali.. tidak lagi dengan Noridlan Talaha.. Tidak lagi nak menyebut nama kembar.. Tidak mahu memuji Wan Zack Haikal.. Tidak syok nak memuji Mahalli Jasuli, Farizal Marlias atau sebagainya..

Jika anda menjadikan perlawanan anda itu sebagai sebuah kehidupan dan mengorak langkah seperti sebuah kehidupan.. saya yakin dan percaya.. pencapaian anda akan lebih baik daripada apa yang difikirkan..

Dan kita tak perlukan raja eksperimen menguji ketika perlawanan.. kita mahukan ianya diuji ketika latihan.. 

Sampai masanya.. pengurusan memikirkan disamping melahirkan pemain berbakat.. kita perlu melahirkan pemain yang tahu erti syukur dan meningkatkan jati diri dari masa ke semasa. 

Saya tidak kisah kalau kita tewas.. tetapi kita melawan.. saya tidak kisah kalau kita seri kita berjuang.. lagi tak kisah kalau kita menang dengan potensi diri dan pribadi yang digarabkan dalam sebuah pasukan yang hebat. Yang ni saya tak ralat.. Gembira lagi ada..

Kesimpulannya, saya terima.. Selepas AFF 2012.. Laksanakan transformasi bola sepak secara besar-besaran.. Itu saja.. keluhan dari saya dan maaf segalanya..

Tahniah pasukan Malaysia.. Layak ke Separuh Akhir melawan Thailand. Jika anda kalah bermaruah.. saya gembira.. kalau kalah kerana tidak berjuang.. amat dukacita.. 
 
 
Tinta Jambu

Comments