Pi Bala tak sempat.. Sudah mati sakit jantung



Balasubramanian, penyiasat persendirian yang dok buat riuh mengenai akuan bersumpahnya tentang kes Altantuya meninggal dunia akibat sakit jantung sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Mendiang yang baru-baru ini kembali dari luar negara kerana hendak membantu kempen pembangkang menghadapi PRU13 telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya selama seminggu sejak 5 Mac lalu kerana masalah jantung.

Dia balik ke rumahnya Selasa lalu. Ikut ceritanya dia mengalami sakit jantung semasa sedang makan di sebuah restoran dekat rumahnya di Rawang.

Dia dikatakan meninggal dunia sebelum ambulan sampai. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Sumber : n9kini.net

Comments