Cukup ke 6 bulan?? Oklah tu.. bukan kena penjara pung.. bebas lagi buek longuk longak kek luar nun Cik Selamah hoi...


MEMANG betullah keputusan Speaker Dewan Rakyat untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren selama 6 bulan kerana jelas sekali peguam mata stim tersebut membuat cerita bohong dengan mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merobohkan kuil di Jalan P Ramlee.

Walhal kuilnya tegak berdiri disitu, yang dirobohkan adalah binaan disekiling kuil tersebut yang tidak berkaitan langsung dengan orang Hindu nak melakukan ibadat kepada Tuhan.

Lagipun jauh disudut hati Surendren, penulis percaya dia memang mahu digantung sebab nak dapat untung politik.  Adalah nanti modal nak tunjuk kepada orang India bahawa dia tu hero mereka.
Dalam sejarah negara kita, ini bukan kali pertama Ahli Parlimen digantung.  Sebelum inipun dah berlambak ahli Parlimen yang digantung kerana membawa fakta salah dalam perbahasan masing-masing.  Anwar sendiri pun pernah digantung selama 6 bulan sebab gagal tunjuk bukti kaitan APCO International dengan kerajaan Malaysia.

Jadi pelik kepada penulis, kenapa yang ini berbeza?

Sebetulnya pembangkang sedang tidak ada isu.  Sejak PRU13 berakhir, rakyat sudah makin bosan dengan politik cacarmarba pembangkang.  Kejap blackout, kejap tidak, kejap pengundi bangla, buktinya takde pun sampai sekarang, dan sebagainya.

Isu-isu berkaitan bajet 2014 yang lepas pulak gagal menarik perhatian rakyat kerana terbukti rakyat mampu menyerap kenaikan harga gula yang subsidinya dihapuskan kerajaan, selain GST yang masih belum dilaksanakan.

Mahu tidak mahu, pembangkang kembali kepada politik berbaur sentimen agama untuk membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Ibarat mendapat durian runtuh, tindakan DBKL meruntuhkan struktur tambahan di Kuil Jalan P Ramlee itu dan imuniti sebagai ahli Parlimen, telah digunakan sepenuhnya oleh Surendren untuk mencari publisiti murahan dengan mengada-ngadakan cerita yang tidak ada.

Kalau nak tahu cerita sebenar, itulah saja dia.  Tak kena mengenai dengan Speaker dari UMNO ke, adil tak adil dan sebagainya.  Itu semua hanya auta pembangkang yang biasa.

Comments