[Ini semua kerja Fuziah Salleh] Tol Nak Hapus, Motor Besar Nak Kena Bayar Tol Pulak, Camno Tu? [Jangan jadi sengal lah]
FUZIAH Salleh ini adalah ahli Parlimen yan paling lantang dalam soal wujudnya radiasi membahayakan kesihatan rakyat lanjutan dari pembinaan kilang Lynas di Balok. Dengan menipu dalam bab wujud radiasi di Lynas itu saja, Fuziah berjaya mengekalkan kerusi di Kuantan buat penggal kedua berturut-turut, tak payah susah-susah kempen.
Dah menang buat kali kedua dalam PRU13 yang lepas, haram tak berbangkit apa-apa pasal radiasi lagi dah. Fuziah pun tak sebenarnya peduli apa radiasi di Lynas sana kerana memang dia ahli Parlimen Kuantan, tapi duduk menetap di Bangi. Radiasi Lynas (kok ada) tidak akan terbang ditiup angin sampai ke Bangi nun.
Agaknya bila lihat modal itu dah tak laku, Fuziah pun tidaklah secergas dulu pasal ’radiasi Lynas’ ini. Huha pasal kesihatan rakyat kononnya yang diperjuangkan dulu, senyap macam itu sajalah seolahnya radiasi ini ada musim-musim tertentu (boleh pulak macam itu).
Kalau tak dulu, dialah yang macam hebat, ikan kepala dualah, itulah inilah.
Tapi setelah beberapa lama, Fuziah Radiasi kini tampil dengan perkara baru, bukan berkaitan radiasi, tapi satu cadangan yang bertentangan dengan segala apa gebang pembangkang pasal nak menghapuskan tol - mempersoalkan kerajaan kenapa penunggang motor besar tidak dikenakan tol!!
Ini politik jenis apa pulak, tak faham. Satu mulut kata tol hapus, satu mulut persoalkan kerajaaan kenapa penunggang motor besar tidak dikenakan tol? Atau kepala otak Fuziah dah tercemar dek radiasi yang wujud dalam imiginasi dia sendiri?

Tinggal kenangan, nasib koranglah jadi bodoh, janji aku menang (kata Fuziah dalam hati)
Kalau nak diikutkan pemikiran pembangkang bahawa tol ini zalim dan membebankan rakyat (maka itu mereka nak menghapuskannya), apa pulak komen macai sekelian dengan cadangan Fuziah sekarang? Suci dan menyenangkan hidup?
Sepatutnya bila dah disebut berulang-ulang kali tol akan hapus, cadangan nak mengenakan tol kepada penunggang motor ini tak sepatutnya timbul sama sekali. BN pun tak caj penunggang motor dengan tol walaupun golongan itu antara yang paling kerap guna kemudahan tersebut secara percuma.
Ya, kerajaan ada cadangan nak hadkan jenis motorsikal yang boleh masuk ke Lebuhraya, tapi itu adalah atas faktor keselamatan sendiri dan orang lain, bukan sebab nak menzalimi sesiapa. Cadangan itu pun masih diperingkat kajian - tapi sesekali nak mengatakan orang naik motor perlu dikenakan tol, tidak sama sekali.
Fuziah elok pergi buat MRI kepala tu (radiasi lagi).
Comments