Peta Landasan Keretapi RSSR dan FMSR tahun 1920 - Landasan Bahau - Kuala Pilah direkod dalam peta.
* FMSR - Federated Malay States Railway sebelum nama KTMB.
* RSSS - Royal Siamese State Railway.
Landasan dibuka pada : 4 April 1910
Pembukaan rasmi : -
Pembiayaan : -
Status : sudah dibongkah sebelum WW II
Panjang landasan : 21.7 Km
Stesen / Perhentian (Halt):
Bahau 0.0 Km - JEMPOL 6.0 Km - JUASSEH 12.5 Km - PLANGEI 16.9 Km - KUALA PILAH 21.7 Km
Stesen Keretapi Kuala Pilah , Negeri Sembilan sekitar tahun 1920.
Bekas bangunan stesen (boleh dilihat sehingga hari ini) yang sebelum ini digunakan sebagai pejabat atau rumah kedai sekarang ini ditinggalkan kosong.
Landasan keretapi dari Bahau ke Kuala Pilah secara rasmi telah di buka pada tahun 1910.Tujuan utama pembinaan adalah untuk mengangkut barangan komoditi tempatan dan juga penumpang , walaubagaimanapun selepas jalan raya yang menghubungkan antara dua daerah tersebut siap landasan ini tidak lagi digunakan.
Comments