Mampukah ahli UMNO tidak dibayangi oleh pemimpin yang mereka gemari dengan menjadi ahli UMNO kerana prinsip dan perjuangan UMNO itu sendiri?? Seperti kita seorang Islam yang tidak boleh mewarisi iman dari ayah dan ibu yang bertaqwa.
Di dalam perjuangan UMNO itu sendiri.. kita perlu ada prinsip dan nilai kendiri agar dapat kita melihat dan memberi pendapat kita dari tiang yang satu.. kita beragama Islam.. semua perkara kita berbalik kepada tuntutan agama.. keperluan kita untuk solat.. kita wajib solat..
begitu juga kita dengan parti UMNO.. apa keperluan kita sebenarnya sebagai ahli?? pada soal roh dan perjuangannya kah?? ataupun pada soal siapa pemimpinnya kah??
TJ bukan apa.. ahli UMNO yang ada hari ini terikat dengan pemimpin yang mereka gemari.. dan sanggup mentertawakan pemimpin yang mereka tidak gemari.. (soal ini merujuk kepada beberapa keadaan dan situasi.. jika pemimpin yang ditertawakan itu, mempunyai bakat dan potensi.. rugi kita.. namun sebaliknya, jika pemimpin itu ada dendam kesumat.. perlulah diperangi dan dikalahkan..)
sei rasa.. ini 1 keperluan juga untuk membentuk ahli UMNO yang perlu ada prinsip perjuangan dan akhirnya kita bergabung dalam satu saf perjuangan.. macam lidi.. bila 1, ia mudah patah.. bila dua dan menjadi serumpun.. ianya akan jadi kuat.. Namun, siapalah yang akan mengambil tahu kan?? Kita tunggu siapa yang akan mulakan perubahan ini..
Comments