Majlis pelancaran ringkas disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Ini merupakan inisiatif Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bagi bantuan kemanusiaan ke atas mangsa taufan tersebut yang dibentangkan ketika mesyuarat jawatankuasa pergerakan minggu lalu oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Puan Mas Ermieyati Shamsudin.
Di mesyuarat jawatankuasa pergerakan Puteri UMNO Malaysia turut mengumumkan lantikan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan di sandang oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau mengambil alih jawatan ketua daripada Puan Norasyikin Abdul Rahman, yang disebabkan faktor umur.
Manakala Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan pula di sandang oleh Puan Zabedah Mastar, juga merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban.
Turut berada dalam kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, menyandang jawatan EXCO, Puan June Artisya Dato’ Mohd Nazeri, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Pilah.
Tahniah semua..
Komen TJ,
TJ sudah mula bekerja dengan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan sejak entiti ini berada di dalam peringkat penaja lagi. Dan bukan mudah untuk membangunkan sebuah entiti kepada badan siasah terutamanya bergelumang dan terdedah dengan sepak terajang politik di negeri ini.
Kenkadang, tidak perlu diceritakan orang.. kita boleh melihat sepak terajang politik akan berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Melihat kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan kini, hati terasa riang dan gembira.. kerana apa yer? Pertamanya, disebabkan oleh pusingan roda puteri tersebut seperti sudah cukup lengkap. 2003 - 2013, 10 tahun usianya. Putaran yang cukup lengkap.. Tak mahu TJ catatkan penyandang terdahulu kerana banyak sangat kisah suka dan dukanya.
Namun apabila kini kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan disandang oleh Puan Zuliana Mohd Ridzuan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Rembau, TJ yakin dan percaya, beliau mampu melakukan yang terbaik. Tidak perlu kita menyebut latar belakang beliau.. kerana beliau akan berani bersaing dengan diri dan kudrat yang beliau sendiri ada. In Shaa Allah.
Keduanya, disebabkan oleh proses kematangan tersebut juga cukup putaran rodanya.. Jika kita perasan, mereka yang menyandang jawatan kini, merupakan mereka yang muda ketika Pergerakan Puteri UMNO berstatus penaja. Oleh itu, mereka sudah terdedah dengan proses getir penajaan dan lebih besar kesinambungannya apabila mereka mempunyai pengalaman yang bersesuaian dengan suasana laba politik yang sudah tentu banyak warnanya..
Ketiganya pula, TJ yakin.. kerana TJ yakin kebolehan dan kesungguhan di kalangan mereka yang sememangnya kaya dengan perjuangan yang melibatkan pengorbanan yang amat besar.
Keempatnya pula, terpulang dekat ahli-ahli Puteri seluruh negeri memberi inspirasi dan motivasi kepada penyandang yang ditauliahkan ini untuk survival perjuangan Pergerakan Puteri di masa akan datang.
Sejak dari penyandang pertama dulu TJ selalu cakap kepadanya.. dalam politik, pemimpin bukan sesiapa jika tidak mendapat sokongan dari kalangan ahlinya. Mendekati ahli amat penting dengan pelbagai program bersifat akar umbi.
Kita boleh membuat program mega, besar dan bagak.. tetapi jika itu untuk dilihat oleh pemimpin atasan.. nanti pemimpin bawahan dan bersifat akar umbi akan berkecil hati. Itu yang dimaksudkan pemimpin tidak berakar.. susah kan??
Itu jugalah penyebab, TJ dah tidak berminat sangat berdampingan dengan pemimpin. Biar kita berada 'di mana' tetapi tidak dilihat 'di sesuatu' itu..
TJ sudah merasa kesalnya bersama pemimpin, bila kini kita sudah tidak punya apa.. kita boleh berfikir dari sudut kita sahaja.. di mana sahaja kita berada UMNO tetap mekar di hati..
Ini TJlah.. :)
Comments