[Musuh tradisi dah tak der isu.. malang, di sokong pula oleh orang sendiri] Pindahan RM10 Juta Oleh MB N. Sembilan Bukan Hasil Rasuah - Nancy Shukri

Heboh hari ini, orang sendiri seperti cacing kepanasan apabila isu ini dibangkitkan semula oleh musuh tradisi negeri ini. Jujur kata, saya tepuk dahi melihat persepsi mereka yang mahu melihat pemimpin mereka rebah tanpa mereka mahu menyakini kisah benar di sebalik cerita yang telah digembar-gemburkan.
Jika nak kata sei nih nak baking MBNS, sei senyum ajerlah.. sebelum MBNS hari ini menjadi MBNS.. sei dah terlebih dahulu bekerja dengan isteri mantan MBNS dahulu.. dan ada 1, 2 atau 3 crita yang saya tahu.. dan bukan tujuan saya untuk memburukkan MBNS lama..  pernah juga menulis menyakini kepimpinan MBNS lama kerana kita faham beliau ketua pentadbir utama ketika itu.. malah bersyukur juga MBNS lama pernah membantu ahli keluarga sei yang menimba ilmu di luar negara hujung 1990an dulu.. Terima kasih banyak2 mantan MBNS.
Pendek kata.. nak dibandingkan dengan mantan PM, Tun Dr. M yang membangunkan dan mentadbir negara ini selama 22 tahun pentadbiranya, kita nampak pembangunan negara jika dibandingkan dengan pentadbiran selama 22 tahun mantan MBNS di negeri ini. 
Apabila dipertikaikan MBNS hari ini, selain tepuk dahi.. sei geleng kepalo.. Daripado jonis orang eh.. berhujah macam mano pun.. dio totap akan membelo diri dio dengan hujah yang kenkadang tak payah lah sei nak lawan bonar. Dah sei relakan diri sei menjawab isu jalan naik taraf dari Bukit Putus ke SRK Ulu Bendul.. Akhirnya, jawapan ialah merujuk kepada kriteria dan rekabentuk oleh JKR Pusat yang bersesuaian dan boleh diguna pakai ketika masa normal dan waktu puncak. sei juga pernah menjawab tentang stesen keretapi Kuala Pilah dan stesen komuter Rembau seperti yang dikecewakan oleh mereka.. akhirnya, jawapan adalah berdasarkan kepada keadaan dan keputusan yang terpaksa diambil ketika zaman tersebut.. mungkin mereka membaca sejarah.. tetapi mungkin mereka tidak boleh menerima fakta tersebut.. apa pun alasannya, sudah tidak menjadi masalah kepada sei jika, ini juga akan memberi rasa tidak senang mereka. Boleh jadi, mereka mempunyai tafsiran dan alasan mereka sendiri.. Tak salah pula sei dengan tafsiran dan alasan sei yang tidak memihak pandangan mereka.
Pendek kata, mereka yang tidak sonang hati melihat, akan berusaha membangkitkan isu ini beratus ribu kali sampai hati eh pueh.. 
p/s : sei tertanyo2 juo.. atas soalan apo yang nak dibongehkan nih pada RM10 juta yang dibawa keluar, jika lobeh pado itu pulak mata wang asing berjaya di bawa ke negeri ini terutamanya pada sektor pelaburan dan perindustrian??? Kito marah pada RM10 juta.. tp kito tak pandang pulak RM1Bilion yang dibawa masuk setiap tahun??
Ko ekau nak geran air laut??
Highway Bukit Putus - laluan utama Pantai Timur dan bandar utama negara
Kerajaan menafikan wang bernilai RM10 juta yang dipindahkan dari London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan diperoleh daripada aktiviti rasuah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata Pejabat Peguam Negara mendapati wang berkenaan, yang dipindahkan melalui pengurup wang, Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd, bukan wang rasuah.
"Pejabat Peguam Negara mendapati bahawa adalah lebih sesuai tindakan diambil terhadap pengurup wang berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) di Parlimen.
Nancy berkata tindakan telah diambil terhadap pengurup wang atas kesalahan yang sama dan lesen mereka telah ditarik balik selepas kompaun dikeluarkan.
Loke bertanya mengapa Pejabat Peguam Negara masih belum mendakwa Mohamad Hassan berhubung transaksi berkenaan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan.

Comments