![]() |
Impian setinggi gunung.. jika tak direalisasikan dengan tindakan ianya akan hanya sebuah angan-angan kosong. Sedang memandang jarak.. mengaut ghanjau.. :) |
Jumpa Bang Suli dan Bang Caloi.. jiran di Taman Pemarak.. rupanya mereka mengeteh di situ yer.. hehe.. Ada banyak perkara dan sembang kosong sepanjang makan-makan.. Alhmadulillah, time2 macam ni ajer boleh jumpa dan galak pulok jumpo time2 mengeteh potang2..
Dipendekkan cerita.. sei bertanyo.. Nimah ado cakap nak buek family gathering untuk Taman Pemarak dan sei tanyo bilo nak buek?? Sei tanyo kek Bang Suli. Samo ado botul atau salah pendapat ini, tidak perlu lah difikirkan sangat.. Bang Suli koba.. kau tanyolah omak kau bilo nak buek.. Sei tanyo kenapo tanyo omak sei.. Bang Suli jawab.. "omak kau kalau program nak buek sesuatu.. biaso eh jadi planning eh.." sei diam.. BERFIKIR..
Burak punya berburak.. semua keluar cerita pengakifan semula Taman Pemarak.. hmmmm.. dah lama tak aktif ker Taman Pemarak nih?? Sei gelak dalam hati..
Hmmm.. masa buat program hari raya dan meraikan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu oleh Kelab Suri Rumah Pokok Ceri, sei pernah cakap nak wujudkan satu Persatuan Anak-Anak Taman Pemarak, di mana ianya akan menjadi Persatuan NGO yang akan mengaktifkan semua generasi dari kecik sampai besar dan sehingga warga emas. Dah tigo kali jumpa Bang Suli dan Bang Aloi bercakap benda dan perkara yang sama. Hari ini sei bercadang nak buat kertas kerja untuk itu.
Buat kertas kerja, kemudian mesyuarat mencari keahlian, kemudian, mohon persetujuan menubuhkan persatuan ini, kemudian mohon kelulusan ROS atau ROY (nak kena pastikan dulu perkara ini), bila dah dapat kelulusan dan ada sijil.. bercadang pula untuk mengadakan akaun persatuan. (Walaupun nama persatuan belum aktivate lagi.. boleh ajer kita aktifkan persatuan ini). Bila akaun persatuan dah ada.. kenalah aktif buat program begitu begini untuk aktifkan akaun tersebut. Lagi pun saluran peruntukan banyak.. Cuma kita perlu rajin dan berusaha gigih.. dengan penuh minat..
Hari ni, sei mulakan buat paper work.. Aktiviti pertama, Family Day Taman Pemarak.. itu yang mereka mahu lakukan terlebih dahulu.
Sei cuba yer.. Doakan.. :)
Comments