Pengalaman luar biasa untuk perkara yang biasa



Alhamdulliah, setelah sei di bawa dengan mood pemikir sejak seminggu lebih yang lalu.. hari ni selepas bangun tidur keadaan kembali normal dan stabil. Mungkin sei telah dibawa kepada satu bentuk pengembaraan pemikiran/penghijrahan cara berfikir yang hampir sempurna. (tidak mungkin sempurna kerana kita cuma manusia biasa).



Boleh dikatakan keseluruhan pembentukan berfikir kita diminta terokai.. sei tak pasti apa akan berlaku selepas ini.. hmmmm.. seperti hari-hari sebelum ini, pemikiran sei tidak pernah lari dari perkara positif walaupun kita berdepan dengan anasir negatif.. cabaran penuh liku itu bermaksud untuk peroleh ganjaran yang kita tidak minta dengan 'manusia antara manusia lainnya' namun demand in Lilla hi Taala.. In Sha Allah dengan izin Allah juga.

Mungkin agak pelik di kalangan kita, tetapi inilah yang sei sudi kongsikan.. kita merasa, mendalami, memahami, keinginan, gambaran betapa, gembira, sedih, simpati, ingin bantu.. itulah gambaran yang diberi kepada sei.. dan pencapaiannya.. mungkin dari usaha gigih dan luar biasa dari kita sebagai pembuka tirai 2014 bakal tiba.. segalanya ketentuan Allah juga, dan In Shaa Allah sei akan cuba capai gambaran yang diperlihatkan kepada sei.

Selama ini sei selalu berfikir perkara yang sama.. mahu mencapai sesuatu tetapi selalu melupakan keinginan tersebut kerana kita memberi peluang dan ruang kepada banyak pihak. Mungkin persoalannya, kenapa sei tidak pernah memikirkan keperluan dan kepentingan sei sendiri dari lebih mengutamakan orang lain. Yer, memang benar.. sei lebih gembira jika ada orang lain lebih baik dari sei.. dan sei lebih gembira jika orang menempa banyak kejayaan lebih dari sei. Tetapi apa yg sei fikirkan sejak seminggu lalu ialah kenapa sei tidak mahu menempa kejayaan di atas diri sei sendiri? Pelik kan?? 

Malam tadi, selepas seminggu merasai seperti satu gerombolan kecil kemudiannya ia membesar dan mengembang2 seolah2 mahu sei melakukan sesuatu (sebenarnya amat perit melalui tempoh sukar ini.. sei menangis.. jika ada yang mahu tau.. kepala seperti mahu pecah, sejujurnya ia perasaan yang benar..) akhirnya, malam tadi.. kepala sei sakit teramat sangat.. tekak mula loya nak muntah.. mata rasa pinau teramat.. akhirnya bila perasaan tidur pula.. sei seperti sedang dipujuk.. ada sebab kita diberi rasa seperti itu.. di kala manusia lain telah mencapai kejayaan mereka.. kita bukan lagi sekadar hanya gembira melihat mereka gembira.. namun, jika kita telah mencapai kejayaan pribadi untuk diri kita sendiri.. itu sebenarnya adalah hak kita, yang belum kita peroleh lagi.

Sesugguhnya ini merupakan satu naluri dan kisah benar apa yang saya lalui seminggu ini..

Semoga Allah memberikan sei semangat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sei sebaik mungkin.. In Shaa Allah, setakat ini belum ada lagi sifat hasad dengki dan naluri untuk melihat manusia lain tersungkur disebabkan ketamakan. Sei akan terus bersifat membantu semua orang yang memerlukan bantuan.. In Sha Allah. 

Mungkin satu hari yang bakal tiba kelak, kejayaan sei juga milik semua orang.. In Shaa Allah. Amin.


p/s : Jika sei ditakdirkan bertemu dengan pakar motivasi dan pakar kaunseling, mungkin sei nak berkongsi pengalaman ini untuk mereka tafsirkan apa yang sedang berlaku. Sei memang nak tahu kenapa sei lalui pemikiran ini. In Shaa Allah.

Comments