- Get link
- X
- Other Apps
Penang belanja RM2.25juta untuk "makan angin"?
Rakyat mahu tahu bagaimana negeri Pulau Pinang mendapat manfaat daripada pembelanjaan RM2.25 juta untuk membiayai 55 lawatan ke luar negara oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli Exco atas "urusan perniagaan" dari 2016 - May 2017. Namun kerajaan negeri tiada rekod langsung tentang aktiviti dan hasil yang diperolehi. Lebih meragui ahli Exco Lim Hock Seng telah mengadakan beberapa lawatan yang tiada kaitan dengan portfolionya termasuk ke Taiwan untuk mengikuti pilihanraya presiden selama 5 hari. Pemimpin MCA Pulau Pinang Ma Kok Ben bertanya adakah ianya benar-benar urusan perniagaan atau kerajaan DAP telah gunakan dana rakyat untuk tiket percuma ke luar negara? Jelas slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus adalah sekadar retorik politik untuk mengaburi rakyat. Banyangkan jika mereka yang menjaga dana negara. #PakatanproDAP - #Malaysia4All
Comments