Kemasukan dana asing ke Malaysia terus positif
Walaupun Pakatan tidak berhenti-henti mengatakan negara akan bankrap, setiap laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi tetap memberi gambaran yang memberangsangkan.
Terbaharu Bank Negara Malaysia berkata aliran masuk dana asing ke dalam pasaran kewangan Malaysia terus mantap mencerminkan perkembangan positif dalam usaha membangunkan pasaran kewangan domestik.
Pada bulan Mei aliran masuk dana bukan pemastautin yang berterusan ke dalam pasaran kewangan Malaysia meningkat dua bulan berturut-turut iaitu RM9 billion dan RM12.1 billion untuk bulan Mei dan Jun.
Prestasi ini telah mendorong ringgit mengekalkan prestasinya sebagai matawang terbaik Asia. Penurunan harga bahan api telah memberi impak positif kepada kadar inflasi keseluruhan negara yang menyusut kepada 3.9% pada bulan Mei berbanding 4.4% pada bulan sebelumnya #Negaraku #BarisanProRakyat - #Malaysia4All
Comments