E-Skoba - Malaysia4All : Perebutan kuasa dalam PKR makin meruncing

Perebutan kuasa dalam PKR makin meruncing 


Sumber Pro Pakatan Strategi Anwar Ibrahim untuk mendapat semula sokongan PKR dengan cara menarik diri menjadi calon PM pakatan nampaknya 'makan diri sendiri'. 

Sumber terdekat Ketua Umum PKR (DinMerican) mendedahkan, strategi Anwar telah mendorong puak pro-Azmin Ali mendesak supaya beliau dan isterinya Wan Azizah berundur kerana menjadi 'beban' dan batu penghalang kepada kejayaan Pakatan. 

Mereka tidak sabar-sabar mahukan Azmin mengambil alih dan menjadi calon PM Pakatan. 

Puak pro-Anwar pula pasti akan cuba menyekat kemaraan Azmin yang dikatakan tidak boleh dipercayai. Perebutan kuasa dan jawatan dalam PKR bagaikan sudah menjadi budaya sehingga sanggup 'tikam belakang sesama' sendiri. 

Tidak hairan jika Azmin sanggup 'menikam' sifunya Anwar untuk menjadi calon PM. #PakatanproDAP - #Malaysia4All

Comments