50 kerusi : Rafizi buat hal lagi
Naib Presiden PKR, Rafizi
Ramli sekali lagi membuat kenyataan kontroversi apabila mendedahkan pakatan
kenal pasti 50 kerusi parlimen yang akan dimenangi termasuk kerusi yang mereka
tewas tipis pada BN dalam PRU13.
Mungkin Rafizi sekali lagi bakal dimarahi
pemimpin pakatan lain kerana angka itu jauh menyimpang daripada sasaran pakatan
yang digembar-gemburkan iaitu 125 kerusi untuk
membolehkan mereka 'berarak ke Putrajaya'.
Mungkin juga Rafizi menyedari hakikat bahawa angka itu memadai memandangkan trend
pengundi yang semakin menolak pakatan kerana berdepan banyak krisis termasuk
pergolakan dalaman PKR, Pribumi dan DAP. #PakatanproDAP- #Malaysia4All
Comments