E-Skoba – Malaysia4All : Ambil Tindakan Tegas Terhadap ‘Pengganas Persepsi’ dan ‘Pengganas Ekonomi’ – Puad Zarkashi
Ambil Tindakan Tegas Terhadap ‘Pengganas Persepsi’ dan
‘Pengganas Ekonomi’ – Puad Zarkashi
1. Kerajaan digesa supaya mengambil
tindakan tegas terhadap ‘pengganas persepsi’ dan ‘pengganas ekonomi’ yang tidak
henti-henti daripada menghasut rakyat serta mensabotaj usaha-usaha untuk
memajukan negara.
2. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
berpendapat kerajaan tidak lagi boleh berkompromi dengan para pemimpin
pembangkang.
3. Menurut Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, sebab
itulah UMNO bahagian tersebut tidak pernah sesekali mundur di dalam
perjuangannya mempertahankan kepimpinan negara.
4. Sebab itulah walaupun begitu
banyak cabaran dan fitnah dalam perjuangan, UMNO Batu Pahat tidak pernah mundur
dan kebelakang dalam perjuangan ataupun ketinggalan dalam medan peperangan yang
melibatkan beberapa perkara termasuk peperangan siber.
“Pengganas persepsi,
pengganas yang mahu mensabotaj ekonomi negara. Pendekatan pembangkang adalah
tindakan bersiri.
Inilah sebenarnya jenayah bersiri yang mereka lakukan,” -
Puad Zarkashi. - #Malaysia4All
Comments