Azmin bongkak, perlekeh Perak.
Menteri Besar PKR Azmin
Ali sering mendabik dada kononnya dia yang memajukan Selangor.
Dia suka buat
perbandingan dengan negeri-negeri lain hanya untuk mengutuk.
Perak menjadi
bahan kutukan Azmin sehingga MB Zambry Kadir mengingatkan kemajuan Selangor
bukan kerana Azmin sahaja tetapi hasil usaha keras semua MB terdahulu termasuk
dari BN.
Tapi apa kejayaan Azmin sehingga menjadi begitu bongkak?
Walhal
program rakyat seperti mikrokredit, khairat kematian, bas percuma, bantuan
pelajar universiti adalah hasil Khalid Ibrahim, MB sebelum dia.
Rupa-rupanya
lembu punya susu, sapi dapat nama.
Rakyat hanya ingat Azmin kantoi menubuhkan
syarikat DEIG untuk ambil alih hartanah kerajaan negeri dan terbaharu dakwaan
rasuah berhubung pembayaran RM16juta kepada kontraktor Unisel, Jana Niaga, yang
belum dijawab Azmin.
Itulah pemimpin Pakatan penipu rakyat. #TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP - #Malaysia4All
Comments