E-Skoba – Malaysia4All : Azmin ugut saman, tutup skandal


Azmin ugut saman, tutup skandal 

Begitu senang Menteri Besar PKR Selangor Azmin Ali mengelak daripada asakan media tentang dakwaan rasuah berhubung pembayaran RM10juta kepada kontraktor Unisel, Jana Niaga. 

Azmin dengan sombong memberi penafian semata serta mengugut untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan. 

Hakikatnya Jana Niaga telah ditamatkan kontrak oleh MBI sewaktu zaman MB lama. 

 Khalid Ibrahim telah menghentikan bayaran kepada Jana Niaga kerana gagal memenuhi kerja mengikut kontrak. 

Jana Niaga bawa MBI ke mahkamah dan proses saman melalui Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan akhirnya menyebelahi MBI. 

Berbulan Jana Niaga senyap. Tidak sampai setahun Azmin jadi MB, Jana Niaga dapat bayaran tunggakan serta disambung kontrak. 

Tidakkah ini menimbulkan pelbagai pertanyaan? Tapi media tidak boleh tanya sebab takut disaman. 

Nampaknya hak kebebasan bersuara hanya wujud untuk Pakatan tetapi tidak untuk orang lain. 

Sama seperti idolanya Anwar Ibrahim, Azmin Ali tidak segan untuk memberi ugutan saman untuk menutup mulut pengkritiknya. #PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14  - #Malaysia4All

Comments