[BAHASA] “Hentikan gesaan untuk boikot. Hentikan sabotaj
ekonomi.
Serahkan kepada pengurus dana professional untuk menjalankan tugas
mereka.”
1. YB Rafizi Ramli sekali lagi melampaui batas dengan menggesa dana di
Malaysia untuk memboikot cadangan penyenaraian Edra Energy di Bursa Malaysia
dan mengaitkan Edra Energy dengan 1MDB.
2. Melalui Edra Energy, 1MDB berjaya
melengkapkan sasarannya untuk melakukan pembaharuan terhadap industri Penjana
Kuasa Bebas (IPP) di mana pihak pembangkang sebelum pembaharuan ini
berulangkali mengatakan perjanjian konsesi adalah berat sebelah kepada syarikat
konsesi.
Ironinya, perjanjian konsesi berat sebelah itu ditandatangani ketika
pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bersama
pembangkang dan rakan seperjuangan YB Rafizi.
3. Untuk mengimbau kembali,
selepas 1MDB menyertai perniagaan IPP, kerajaan telah memulakan tender terbuka
pertama bagi Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) pada September 2012.
1MDB secara
konsisten menawarkan bidaan paling rendah bagi pembaharuan PPA sekaligus
membantu mewujudkan bidaan lebih rendah di kalangan pembida lain.
4. Hasil dari
usaha itu, kebanyakan PPA yang sebelum ini adalah berat sebelah kini lebih adil
malah analisa bank pelaburan turut mengesahkan dalam laporan mereka, perjanjian
menyebelahi syarikat konsesi bagi IPP hanya tinggal sejarah.
5. Untuk makluman
YB Rafizi, penjimatan dari kadar PPA yang lebih adil kepada Tenaga Nasional
Berhad (TNB) dan subsidi gas Petronas sekaligus kepada kerajaan, diunjurkan
bernilai hingga RM200 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.
6. Hasil dari
usaha ini amat ketara hari ini.
Berbanding mencatatkan kerugian dan memerlukan
bantuan kerajaan sebagaimana berlaku pada masa lampau, terma dan kadar PPA yang
adil di mana melibatkan 40 peratus dari kos, kini menyumbang kepada TNB yang
turut mencatatkan keuntungan berbanding sebelum ini.
Manakala bil subsidi gas
Petronas bagi 2015 adalah 1/3 dari apa yang perlu ditanggung pada 2012, penjimatan
sebanyak RM10 bilion.
7. Penjimatan besar ini dibelanjakan bagi pembangunan dan
kebajikan yang memanfaatkan rakyat di kala kerajaan mengekalkan kadar elektrik
rendah untuk semua.
8. Itu antara sebab mengapa sejak 2013, pembangkang tidak
lagi bercakap mengenai perjanjian berat sebelah IPP berikutan kerajaan hari ini
telah menyelesaikan masalah legasi yang bertahun lamanya melalui 1MDB.
9.
Lanjutan dari itu, Edra Energy telah dijual oleh 1MDB kepada pelabur asing
melalui tender terbuka antarabangsa.
Hari ini, 1MDB tidak lagi mempunyai
sebarang kaitan perniagaan dengan Edra Energy.
10. YB Rafizi seharusnya
mengakui kerajaan dan 1MDB telah memainkan peranan yang baik dalam
menyelesaikan masalah legasi yang dibawa dari pentadbiran lalu melalui
perjanjian IPP berat sebelah ini.
11. Saya menggesa YB Rafizi menarik balik
desakannya tidak masuk akalnya untuk memboikot kerana ia bukan sahaja
melemahkan keyakinan pelabur asing pada Malaysia atau membuatkan Edra dan
syarikat lain membatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia malah akan berpindah ke negara lain untuk penyenaraian.
Gesaan itu berniat jahat dan boleh
ditafsirkan sebagai tindakan mensabotaj ekonomi.
12. YB Rafizi dinasihatkan
untuk membenarkan pengurus professional dari dana tempatan untuk membuat keputusan
samada pelaburan dalam Edra adalah keputusan perniagaan yang tepat atau
sebaliknya atau menepati strategi perniagaan masing-masing dan bersandarkan
fakta ekonomi yang tepat.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan,
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Unit Perancangan Ekonomi
5 Julai 2017
- #Malaysia4All
Comments