[BAHASA] TAKUT ANWAR JADI SAKSI, U-TURN TERKINI MAHATHIR
BERKAIT RCI
DATO 'SRI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA
1. Pusingan U
(U-turn) dan sokongan terkini Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bukan seperti yang digambarkan.
Ia hanya
diberikan selepas lebih 20 tahun Mahathir memburuk-burukkannya dan menggunakan
segala kuasa yang ada untuk menghapuskan Anwar dari proses politik, termasuk
menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini telah
dimansuhkan, mendakwa dan memenjarakannya dan menjalankan kempen yang
berterusan untuk menyerang karektor moralnya.
2. Bagaimanapun, seperti yang
Mahathir sedia maklum, mengikut undang-undang, Anwar tidak boleh bertanding
secara sah, jadi U-turn ini bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.
Pada hakikatnya, sokongan Mahathir terhadap Anwar kali ini didorong oleh
kebimbangannya yang mendalam mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kebenaran di sebalik kerugian
RM30 bilion Bank Negara dalam pertukaran matawang asing, semasa pentadbirannya
seperti yang diperincikan dalam laporan Pasukan Petugas Khas.
3. Mahathir
mengetahui bahawa penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah, jadi
dia tidak mampu berhadapan dengan individu yang sangat relevan dengan kes ini
seperti Anwar yang memberi keterangan menentangnya.
Ironinya Mahathir kini
memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakannya. Sama seperti dia
kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang dipenjarakannya, kerana
hakikatnya Kit Siang mengawal pembangkang ekoran DAP mempunyai kerusi majoriti
di parlimen - sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi.
4.
Peperangan Mahathir ini bukan didorong oleh kepentingan nasional, tetapi sikap
memetingkan diri dan kepentingan peribadinya.
Mahathir terlalu obses untuk
menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz Mahathir
sebagai Perdana Menteri.
5. Dia tidak mempunyai prinsip dan akan melakukan apa
sahaja - termasuk bersekongkol dengan mereka yang dipenjarakannya, menjemput
campur tangan asing di negara kita yang demokratik dan berdaulat, mensabotaj
ekonomi kita, dan membuat 100 U-turn jika diperlukan untuk memanipulasi fikiran
rakyat - sebagai cara untuk memastikan matlamat akhirnya tercapai.
Anwar
mungkin akan terpedaya untuk ini, tetapi saya percaya negara ini tidak akan
sama sekali terpedaya.
Kerana dengan hanya satu kerusi di Parlimen, Pengerusi
Pribumi ini tidak dapat memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi Perdana
Menteri.
Ia akan menjadi terlalu tidak demokratik.
6. Mahathir pernah mendesak
Tun Abdullah Badawi untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, sekarang dia
menuntut peletakan jawatan saya, dan akan menuntut pengganti saya meletakkan
jawatan sehingga anaknya menjadi Perdana Menteri - tidak kira apa sekalipun
risikonya ke atas Malaysia.
Kali ini kita tidak akan membiarkan dia berjaya,
kerana proses demokrasi mesti diguna pakai, dan kepentingan negara mesti
diutamakan berbanding kepentingan keluarga Mahathir.
7. Tiada yang lebih
penting daripada keperluan rakyat.
Oleh itu, kerajaan di bawah kepimpinan saya
akan terus memberikan sepenuh perhatian kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan
sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia.
Kepentingan rakyat mesti
diutamakan terlebih dahulu, dan kami akan mengotakan janji-janji kami. -
#Malaysia4All
Comments