Beranikah Tun M perjelas tentang Anwar
Sejak menyertai
pakatan pembangkang, segala kenyataan dan tindakan Tun Dr Mahathir jelas
bertentangan dengan apa yang telah beliau lakukan dan katakan ketika menjadi PM
selama 20 tahun.
Ketika mahu memecat Anwar Ibrahim pada 1998, segala keburukan
timbalannya ketika itu diberitahu kepada dunia.
Sekarang, walaupun mahu
bekerjasama dengan Anwar untuk menjatuhkan PM Najib Razak, Tun M masih enggan
meminta maaf secara terbuka kepada Anwar.
Kenyataannya tentang Anwar sentiasa
samar-samar dan berniat untuk mengelirukan rakyat.
Tun M perlu sahut cabaran PM
Najib untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kenyataannya mengenai Anwar yang
dikatakan telah melakukan perbuatan luar tabii, tiada maruah dan tidak layak
memimpin negara.
Jika apa yang dia lakukan pada Anwar adalah salah, Tun M perlu
pohon maaf bukan sahaja pada Anwar tapi juga seluruh rakyat Malaysia dan
dedahkan apa sebenarnya yang berlaku pada1998.
Namun walau apapun dia lakukan,
Tun M sudah hilang kredibilitinya sebagai pemimpin. #TolakPakatanPRU14 - #Malaysia4All
Comments