DAP takut ambil ikrar bebas rasuah
Kerajaan DAP Pulau Pinang
masih enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah walaupun ia merupakan komitmen
untuk memerangi musuh nombor 1 negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata kerajaan
DAP sepatutnya menunjukkan kepada rakyat bahawa ia memandang serius isu-isu
rasuah dan salah guna kuasa.
Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu
rasuah dan salah guna kuasa dan minta SPRM ambil tindakan tetapi mereka sendiri
tidak mahu nyatakan ikrar bebas rasuah.
Peliklah kalau negeri-negeri lain boleh
tandatangan tetapi P. Pinang sahaja tak mahu.
Kenapa agaknya? Mungkin mereka
takut dengan isu-isu yang sangat meragukan seperti rumah banglo, terowong bawah
laut, kos perundingan lebih 400%, jualan tanah dan banyak lagi.
DAP sering
mengatakan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) mereka lebih berkesan tetapi
semua itu nampaknya cuma retorik kerana CAT sering dibakul sampahkan.
#PakatanproDAP - #Malaysia4All
Comments