E-Skoba – Malaysia4All : DAP tidak hormati Sultan Selangor



DAP tidak hormati Sultan Selangor 

Hampir kesemua ahli parlimen dan ADUN DAP tidak menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor walaupun kehadiran DYMM Sultan Selangor telah diumumkan dari bulan Ramadan lagi 

Bukannya mereka mempunyai majlis rasmi yang lain tetapi merasakan Tuanku Sultan tidak lah sepenting Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga berada di Selangor pada hari yang sama. 

Jika kita ikut akaun media sosial mereka, YB PJU Tony Pua galak mempromosikan pesta makanan Pulau Pinang di Petaling Jaya dan menyiarkan gambar menghadiri majlis menandatangani buku yang dirasmikan oleh Guan Eng. 

MP Serdang Ong Kian Meng dan Adun Bukit Tunku Lau Weng San menyertai The Penang Run yang diadakan di Selangor manakala Adun Subang Jaya dan Speaker Dewan Hannah Yeoh terlalu sibuk digereja. 

Suatu ketika dahulu pemimpin DAP pernah cuba berlakon untuk bermesra dengan masyarakat Melayu untuk menarik sokongan tetapi kini mereka sudah tidak peduli lagi. 

Secara terang mereka menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar. #PakatanproDAP - #Malaysia4All

Comments