Hishamudin Rais: Mahathir Yang Jahat, Paling Jahat Dan
Terjahat!
Aktivis politik, Hishamudin Md. Rais dalam satu forum bertajuk
'Mahathir: Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah' baru-baru ini melabelkan mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan sebagai
individu yang paling jahat.
"Yang jahat, yang paling jahat, yang terjahat
hari ini ialah Mahathir!"
Beliau juga jelas mempersoalkan apa yang
Mahathir buat selama ini apabila memberi contoh bahawa Mahathir semasa
mentadbir negara menolak budaya demonstrasi jalanan, namun beliau bersama
dengan Bersih 4.0 selepas bergelar mantan. - #Malaysia4All
Comments