E-Skoba – Malaysia4All : KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI PEMBANGKANG TIADA MODAL BARU KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI ​​PEMBANGKANG TIADA MODAL BARU




KENYATAAN MEDIA YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI ​​PEMBANGKANG TIADA MODAL BARU 

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang yang mendakwa Parlimen sengaja menyembunyikan keterangan mengenai isu 1MDB adalah sangat tidak berasas. 

Malahan tuduhan kononnya tiada satu soalan 1MDB dijawab juga adalah tidak tepat. 

Pada hari pertama sidang Dewan Rakyat Penggal Kelima ini terdapat empat soalan mengenai 1MDB iaitu daripada Petaling Jaya Utara, Kelana Jaya, Seremban dan Segambut telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat. 

2. ​ Soalan-soalan yang tidak tersenarai mungkin berada dalam pertimbangan mahkamah atau bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

Tindakan Pembangkang memperbesarkan isu ini hanya menunjukkan mereka ketandusan isu untuk dibawa ke Parlimen. 

Pembangkang seharusnya memberi keutamaan kepada isu rakyat setempat di kawasan masing-masing dan bukannya mengitar semula isu yang sama. 

3.​ Justeru itu, saya berharap semua Ahli-Ahli Parlimen khususnya Pembangkang memanfaatkan tempoh 12 hari persidangan ini serta mematuhi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah ditetapkan. 

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
24 Julai 2017

- #Malaysia4All

Comments