Kerajaan Nafi 1.5 Juta Pekerja Bangladesh Dibawa Masuk Ke
Malaysia
1. Kerajaan menafikan seramai 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa
ke dalam negara ini.
Sebaliknya menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi, jumlah tersebut adalah merujuk kepada jumlah warga Bangladesh
yang mendaftar dengan pihak kerajaan negara itu yang berhajat ke luar negara.
2. Kerajaan ingin menegaskan bahawa angka 1.5 juta ini bukanlah angka yang
mutlak.
Jumlah ini adalah merujuk kepada jumlah warga Bangladesh yang mendaftar
dengan pihak kerajaan mereka yang berhajat untuk bekerja ke luar negara,
bukannya ke Malaysia.
3. “Jumlah sebenar kemasukan pekerja Bangladesh adalah
bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat,” katanya
ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Permatang
Pauh) di Dewan Rakyat, hari ini.
4. Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam
Negeri, tidak ada satu-satu syarikat yang dilantik untuk membawa mana-mana
warga Bangladesh masuk ke negara ini. - #Malaysia4All
Comments