E-Skoba – Malaysia4All : Lagi propaganda jahat Pakatan dipatahkan


Lagi propaganda jahat Pakatan dipatahkan 

Pakatan dengan lantang mengatakan hutang luar negara sangat tinggi berbanding zaman Tun M. 

Tetapi secara lojik, takkan hutang tiba-tiba melompat tinggi macam ini. Peningkatan ini kerana klasifikasi hutang luar negara ditukar oleh kerajaan pada 2009 untuk mengikut piagam dunia. 

Hutang ini sebenarnya tetap rendah tetapi kini banyak lagi faktor diambil kira seperti wang yang dilabur oleh pelabur luar, wang yang disimpan oleh bukan warganegara di dalam bank dan perkembangan bank-bank dalam memikat perdagangan serantau. 

Dengan klasifikasi baru ini, hutang ini tidak lagi melambangkan beban tetapi kekuatan pelaburan asing dan sektor perbankan. 

Usaha sektor perbankan untuk menjadi hub kewangan serantau semakin berhasil dan pelaburanan asing semakin meningkat, jadi dengan klasifikasi baru, hutang luar negara semakin meningkat. 

Bandingkan hutang Malaysia (RM900 bilion) dengan Singapura (RM5,840 bilion) dan Hong Kong (RM5,830 bilion) kerana Singapura dan Hong Kong merupakan hub perbankan antarabangsa. - #Malaysia4All

Comments