LKS tiru formula Tun M singkir lawan
Lim Kit Siang dan Tun M
bukan setakat kawan baik malah diktator DAP itu turut menjadikan bekas Perdana
Menteri yang juga Penasihat Pribumi itu sebagai sifu untuk menangani krisis
dalaman parti cauvinis itu.
Kit Siang sedang mendalami ilmu strategi dengan Tun
M bagaimana untuk mengambil kesempatan jika DAP diharamkan sepertimana yang
telah dilakukan dahulu ketika UMNO diharamkan pada 1987 akibat pergolakan
antara team Tun M dan Tengku Razaleigh (Ku Li).
Selepas UMNO diharamkan, Tun M
berjaya menyingkirkan 'kumpulan 11' yang diketuai Ku Li.
Kit Siang juga mahu
menggunakan peluang sama untuk menyingkirkan puak dalam yang kini makin ghairah
mendesaknya meletak jawatan.
Jika ROS mengharamkan DAP kerana pemilihan parti
pada 2013 yang menyalahi Perlembagaan, Kit Siang tidak akan bersara dan membina
satu pasukan baharu untuk mencapai cita-citanya menubuhkan 'Malaysia
Malaysian'. #PakatanproDAP - #Malaysia4All
Comments