E-Skoba – Malaysia4All : Memalukan ! NGO Eropah Dedahkan Pemalsuan Kerajaan DAP Negeri


Memalukan ! NGO Eropah Dedahkan Pemalsuan Kerajaan DAP Negeri 

1. Lim Guan Eng mendabik dada apabila agensi Kerajaan DAP negeri menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP menerima “Best Municipality Award” daripada Europe Business Assembly (EBA). 

2. Terbaru, EBA dilaporkan menjual anugerah dan sijil palsu Universiti Oxford. Dua buah NGO Eropah mendedahkan EBA terlibat dalam awards scam. 

3. The Center for Investigative Reporting of Serbia (CINS) dan The Organised Crime and Corruption Reporting Project (OCCRP) mendedahkan bahawa kewujudan anugerah palsu. Manakala agensi kerajaan DAP telah menerima anugerah EBA pada tahun 2013 dan 2014. 

4. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang telah bersara Datuk Patahiyah Ismail telah dianugerahkan Pengurus Perbandaran Terbaik manakala MBPP telah diberi Anugerah Perbandaran Terbaik pada tahun 2013. 

5. Majlis Perbandaran Seberang Prai mendapat anugerah Bandar Terbaik manakala presidennya Datuk Maimunah Mohd Sharif memenangi anugerah Pengurus Perbandaran Terbaik. 

6. YB Datuk Mohd Farid telah mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas slogan Cekap, Akauntabel dan Telus untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang: Adakah MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada EBA, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel tersebut untuk mendapatkan anugerah-anugerah? 

Apakah wang milik rakyat Pulau Pinang telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut? 

7. Hingga kini, kerajaan DAP negeri gagal menjawab soalan ini dan mereka mesti terus didesak sehingga mereka menjawabnya. 

Bayangkanlah betapa bermasaalah dan korupnya kerajaan DAP negeri jika soalan-soalan ini enggan dan gagal dijawab oleh mereka, apatah lagi skandal-skandal lain yang melibatkan bilion ringgit wang rakyat.- #Malaysia4All

Comments