E-Skoba – Malaysia4All : Menjawab tuduhan pakatan


Menjawab tuduhan pakatan 

Projek Bandar Malaysia turut menjadi sasaran serangan pakatan yang mendakwa kerajaan menggadai aset negara apabila merobohkan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi untuk pembangunan projek tersebut. 

Pengkalan Udara Sg Besi tidak lagi strategik kerana landasannya pendek dan sempit yang tidak mampu menampung pesawat besar. 

Ia pembaziran kerana hanya pesawat ringan seperti Cesna dan peminat Glider sahaja menggunakannya. Kedudukannya di tengah kawasan komersil dan perumahan juga menjadikannya tidak selamat. 

Ribuan nyawa terancam jika berlaku kecemasan seperti pesawat terbabas. Sebenarnya punca utama Pakatan mengkritik adalah kerana Tun M tidak puas hati syarikat kroninya, YTL, tidak memenangi bidaan hartanah tersebut. 

Jika YTL menang, sudah pasti Tun M akan mengarahkan sekutu songsangnya dalam pakatan supaya diam. 

Kerajaan tidak menjual dengan mudah tapak kem itu kepada 1MDB. Sebaliknya syarat ketat dikenakan termasuk 1MDB perlu menanggung pembinaan 6 kem tentera dan 2 kem polis yang baharu, menanggung pemindahan ke kem baharu dan membina 5,000 rumah mampu milik. 

Adakah YTL sanggup? #PakatanproDAP- #Malaysia4All

Comments