E-Skoba – Malaysia4All : Negara perlukan kepakaran Raus sebagai Ketua Hakim


Negara perlukan kepakaran Raus sebagai Ketua Hakim 

Apabila sudah habis kritikan tentang 1MDB dan tiada idea untuk mengutuk ekonomi negara, Pakatan kini cuba mainkan isu pelantikan tambahan Ketua Hakim Negara yang kononnya tidak mengikut perlembagaan. 

Sebenarnya perlembagaan tidak menghalang untuk melantik hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan. 

Ianya bukanlah amalan yang baharu kerana keputusan yang sama telah dilakukan pada 2016 dan 1965. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh Tan Sri Raus Sharif amat diperlukan oleh Badan Kehakiman Negara dan isu ini tidak boleh dipolitikkan. 

Rakyat dinasihatkan agar jangan termakan dengan dakyah Pakatan dan menyokong Raus untuk terus memartabatkan badan kehakiman serta menghormati pelantikan yang telah mendapat perkenan DYMM Yang di-Pertuan Agong. #Negaraku - #Malaysia4All

Comments