Pakatan makin ghairah jatuhkan Azmin
Pakatan terus
bertelagah dan kali ini Azmin Ali mencari pasal apabila membuat kenyataan
kontroversi kononnya Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor kerana ia amanah
rakyat.
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan "taiko-taiko" DAP
termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tony Pua - yang telah lama berdendam
kerana Azmin mengekalkan PAS dalam Kerajaan Selangor hanya untuk mempertahankan
jawatan Menteri Besar.
Mereka mengingatkan Azmin bahawa Pakatan Rakyat telah pun
dikuburkan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang juga Penasihat KM
P.Pinang turut ambil peluang menghentam Azmin dan mengingatkan hanya ada
Pakatan Harapan.
Keghairahan Azmin yang dipuji kononnya layak menjadi calon PM
dan mengetuai PKR tidak berpanjangan.
Kartelnya yang telah memulakan gerakan
menggulingkan Wan Azizah terpaksa pula melawan serangan dalaman oleh pakatan.
Yang pasti pakatan akan terus hura-hara dan jika gabungan songsang ini
memerintah, mereka boleh meranapkan negara
dan menjadikan rakyat sengsara. #PakatanproDAP - #Malaysia4All
Comments